CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamil Bukan Penghalang, Jadual Seni Elly Mazlein Tetap Padat

4-6-2021 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3024| Komen: 15

Usia kandungan yang mencecah lima bulan tidak menjadi halangan buat penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein untuk terus bekerja keras.

Baginya, selagi dikurniakan kesihatan dan kemampuan untuk bekerja, dia akan terus bekerja seperti biasa.



Foto: IG
"Setakat ini, kerja masih berjalan seperti biasa. Insya-Allah, saya akan mula berehat apabila kandungan saya sudah masuk usia lapan bulan," katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kehamilannya, Elly masih bermain teka-teki mengenai cahaya mata keduanya ini.



"Kalau jantina, saya rasa saya rahsiakan dulu. Bila tiba masanya nanti saya akan kongsikan. Apa yang penting adalah doakan proses kehamilan saya berjalan lancar," katanya.



Berkongsi mengenai perkembangan kariernya, Elly bersyukur kerana terus dikurniakan rezeki.

"Kalau kerja lakonan, ada beberapa tawaran. Namun, semuanya terhenti kerana sekatan pergerakan penuh (SPP) yang baharu dilaksanakan.

"Bagaimanapun, kerja pengacaraan yang dirakam dalam studio masih berjalan seperti biasa dan jadual saya untuk pengacaraan pun agak padat sehingga Ogos depan," katanya.



Terbaharu, Elly kini mengacarakan program di TV3 berjudul Sumbang Suara.

"Ia adalah program hiburan yang sangat santai. Apa yang boleh saya katakan, program ini berbeza kerana ia mencari penyanyi bersuara sumbang.

"Dari segi pengacaraan pun, program ini tidak terlalu berpandukan skrip seperti program lain, sebaliknya lebih kepada borak seperti di kedai kopi," katanya.



/

Selain Elly yang bertindak sebagai pengacara, Sumbang Suara juga menampilkan dua juri tetap iaitu Datuk Awie dan Hazama.

Program ini ditayangkan setiap Ahad jam 10.30 malam sebanyak 13 episod. Setiap minggu, lima peserta berentap dan seorang peserta akan diumumkan sebagai juara mingguan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RumiMenari 4-6-2021 01:28 PM
Cantik rumah kak lina
Quote helicornia 4-6-2021 01:41 PM
gambo ig filter sampai kelabu
Quote anggunbeautee 4-6-2021 01:44 PM
Lawa umah kak lina
Quote biozipstar 4-6-2021 03:03 PM
bertuah kaklina even dia cerai, tapi ada bapa yg menyokong bagi moral support di belakang. sumber kekuatan.
Quote Madel 4-6-2021 03:18 PM
Suami cik EM ni pun sama mcm bini nya Jahkobis kan..cuci kaki masuk umah, bezanya suami cik EM ada kerjaya as cikgu..
'Bini'nya jahkobis pulak bewak la kan.
Quote puanbintang 4-6-2021 03:38 PM
rezeki elly... Lepas cerai dengan laki lama, melimpah ruah rezeki dia.. suka tengok keletah dia.
Quote kuchenta_81 4-6-2021 03:42 PM
Madel replied at 4-6-2021 03:18 PM
Suami cik EM ni pun sama mcm bini nya Jahkobis kan..cuci kaki masuk umah, bezanya suami cik EM ada k ...

Banyak beza dgn harris tu sebab laki kak Lina ni cikgu gomen yang dah ada harta walau apartment aje katanya hehe kira double triple bagus la kann
Quote bedahmenjuyah 4-6-2021 05:30 PM
Madel replied at 4-6-2021 03:18 PM
Suami cik EM ni pun sama mcm bini nya Jahkobis kan..cuci kaki masuk umah, bezanya suami cik EM ada k ...

Jah bungkus ada di mana2 hahaha
Quote bedahmenjuyah 4-6-2021 05:31 PM
kuchenta_81 replied at 4-6-2021 03:42 PM
Banyak beza dgn harris tu sebab laki kak Lina ni cikgu gomen yang dah ada harta walau apartment aj ...

Dah tak gila glamer pastu acah alim siap dipangil ustaz. Siapa tauliah tak tau la.
Quote JalaEmas 4-6-2021 05:32 PM
cg Azlan dr sisi nampak cam lan pet2
Quote unguseruni 4-6-2021 05:47 PM
makin murah rezki elly. tak lama lg dpt baby
Quote kuchenta_81 4-6-2021 05:53 PM
bedahmenjuyah replied at 4-6-2021 05:31 PM
Dah tak gila glamer pastu acah alim siap dipangil ustaz. Siapa tauliah tak tau la.

Dah masuk PU, netizen la yg pangge ustaz walo xde kelayakan. Pastu ada company yang pangge bagi tazkirah termasuk la company iols haha walhal lebih ramai yang bertauliah. Dijemput atas dasar femes je pun puihhh
Quote marigold90 4-6-2021 10:48 PM
Di saat artis lain terpaksa cari kerja lain untuk sara hidup, rezeki elly ni makin mencurah2 pulak..alhamdulillah rezeki anak
Quote Perils 4-6-2021 10:52 PM
Jgn renyah sgt acik EM....awk tgh berbdn dua tu....haritu dah gugur....
Quote ImpianSeroja 6-6-2021 07:07 PM
Comey kak lina pom pom

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.156639 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top