"He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah." Betapa gembiranya, hos popular, Awal Ashaari apabila ayahnya telah melengkapkan dua dos vaksin Pfizer. Di laman instagramnya, Awal menjelaskan yang ia umpama hadiah hari jadi ayahnya yang ke 82 nanti dari kerajaan Malaysia. Dalam hantaran sama, Awal turut memberi galakan kepada pengikutnya supaya tidak ragu-ragu mengajak ibu bapa mereka mendapatkan vaksin.
Bagi Awal, lebih
baik bertemu pakar perubatan terlebih dahulu bertanyakan apa
sahaja berbanding percaya kepada sumber tidak tepat dari Whatsapp. "Awal cadangkan cuba consult Doctor atau
yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang
orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak
tau." Menurutnya lagi, ayahnya tidak mengalami komplikasi atau kesan sampingan dari suntikan tersebut. Jadi, ibu bapa pengikutnya juga tidak harus ragu-ragu. Ianya rentetan rakan-rakan Awal sendiri yang kehilangan ibu bapa akibat Covid 19 kerana belum divaksinkan. "Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya." |
nazzse replied at 4-6-2021 12:10 PM
senang kerja wartawan cari.ambil gosip drp ig je.
Tak payah susah2 iv
biozipstar replied at 4-6-2021 02:57 PM
alhamdulillah abahnya dah 82.. untungnya lama abah hidup boleh menatap dia
Cari-Azza replied at 4-6-2021 07:19 AM
Hi Nazzse,
Sejak bila wartawan cari interview artis sendiri? Dari dulu kan memang sumbernya ...
nazzse replied at 4-6-2021 03:35 PM
Sentap kenapa sis.
Iv melalui phone call,zoom pun boleh. Dah klu boleh cedok melalui socmed for ...
ADVERTISEMENT