Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila mendakwa cutinya ditolak dan dipaksa hadir ke pejabat ketika masih perlu bernafas menggunakan tangki oksigen walaupun sudah disahkan bebas daripada Covid-19.
Oddity Central memetik Livehindustan melaporkan kisah Arvind Kumar yang juga pengurus di Bank Kebangsaan Punjab (PNB) di Bokaro, Jharkand, India mendapat perhatian selepas gambar dan videonya tular di media sosial. Menerusi rakaman video yang tular, kedengaran suara lelaki pertengahan umur itu meluahkan kekecewaan apabila cutinya ditolak oleh pegawai dan terpaksa datang kerja walaupun ketika bertarung dengan penyakit yang mengancam nyawa. Turut ada bersama dalam video kontroversi itu adalah isteri dan anak Arvind yang cuba menenangkannya. "Doktor ada beritahu yang saya memerlukan tiga bulan untuk pulih sepenuhnya kerana jangkitan sudah merebak pada bahagian paru-paru. Mengapa hak saya itu dicabuli?" katanya.
Difahamkan, kekecohan itu dilaporkan berlaku pada Selasa lalu. Sementara itu, PNB Bokaro dalam satu kenyataannya mendakwa Arvind Kumar sengaja mencetuskan drama untuk memfitnah pihak pengurusan bank. Katanya, Arvind sebenarnya sudah menghantar surat peletakan jawatan, tetapi ditolak kerana jabatan sedang menyiasatnya berhubung pinjaman aset tidak berbayar (NPA). "Satu kesalahan jika dia mendakwa pegawai atasan mengarahkannya hadir ke tempat kerja walaupun sudah bebas daripada Covid-19," katanya. "Ini kerana cuti bergaji layak diberikan kepada semua kakitangan yang dijangkiti virus demi kepentingan mereka dan pekerja lain yang berisiko. "Oleh itu, adalah tidak berasas untuk mengatakan dia terpaksa melaporkan diri untuk bertugas," katanya. Dalam pada itu, keluarga Arvind bertegas menyatakan pihak pengurusan bank mengancam akan memotong gaji jika tidak masuk bekerja. Ia memaksanya hadir dengan alat bantuan pernafasan tanpa tidak menyebut mengenai sebarang siasatan terhadapnya di bank. Sumber: Harian Metro
|
sfrnna replied at 4-6-2021 12:28 PM
Ini la contoh terbaik “cakap macam k3Iing”
ADVERTISEMENT