KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Mohamad V berkenan memberikan sumbangan RM1 juta bagi membantu golongan asnaf yang terjejas ekoran perintah kawalan pergerakan penuh yang dilaksanakan mulai 1 Jun lalu.
Bantuan disalurkan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu pada mulanya disediakan program bersama Sultan Muhammad V sepanjang Ramadan lalu namun mendapat perkenan untuk disalurkan kepada golongan terjejas. Namun katanya, disebabkan rakyat kini berhadapan dengan kesukaran hidup, baginda memutuskan supaya
“Jadi dengan sumbangan RM1 juta yang dikurniakan itu, baginda benar-benar berharap dapat memberikan kegembiraan kepada asnaf, anak yatim, pelajar tahfiz dan golongan memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan,” katanya dalam kenyataan. -CARI Sumber: Utusan |
drivethru replied at 4-6-2021 12:26 PM
Semoga nafkah anak tak terabai.
ADVERTISEMENT