|
Siti Nordiana Alias atau Nana turut terjejas pendapatannya ekoran penularan Covid-19, awal tahun lalu. Kata penyanyi dan pelakon itu, 60 peratus pendapatannya terjejas berikutan tidak lagi membuat persembahan nyanyian untuk majlis-majlis.
"Jumlah ini sekadar anggaran saya kerana kita pun sudah dua kali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) pula. "Apapun, saya tetap bersyukur kerana ada tabungan yang boleh digunakan dan ia sedikit-sebanyak cukup membantu saya untuk meneruskan kelangsungan hidup pada ketika pandemik ini. "Selain itu, saya juga mengambil inisiatif untuk lebih kreatif mempelbagaikan kemahiran termasuk aktif menceburi perniagaan dalam talian selain meneruskan tumpuan pada kerjaya seni dalam penerbitan lagu dan juga lakonan," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.292455 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.