Akibat pandemik Covid-19, banyak industri terkesan ekonominya termasuklah industri perlancongan. Malahan, banyak lokasi yang dahulunya sesak kini suram dek ketiadaan pengunjung. Seorang pengguna platform TikTok, Ekin Ramli berkongsi video mengenai kunjungannya ke Cameron Higlands sebelum 'total lockdown' baru-baru ini. Perkongsiannya tular dengan paparan pasar yang sunyi, buah strawberi dan sayuran juga tidak diusik walaupun segar belaka. Apatah lagi para penjual yang seakan terdesak memanggilnya membeli barangan jualan mereka juga membuatkan penonton berasa sayu.
Menurut Ekin yang sudah empat tahun tinggal di Cameron Highlands, pasar kea Farm yang sentiasa sesak di hujung minggu kini lengang. "Masa pergi tu memang takda orang, saya seorang ja. Dan memang beberapa buah kedai saja buka. Yang lain tutup atau pun gulung tikar." Menurut Ekin lagi, dia ingin membantu peniaga di sini melakukan barangan peniaga dan memang banyak permintaan daripada mereka yang di luar Cameron Highlands inginkan buah strawberi, tetapi ianya tidak dapat dilakukan kerana bimbang rosak dalam perjalanan. Bagaimanapun sayur-sayuran seperti jagung dan ubi boleh dipertimbangkan kerana ianya lebih tahan lama. |
Artemesiaa replied at 4-6-2021 03:19 PM
Kalau ada yang nak bawak turun ke Lembah Kelang pasti ramai yang nak beli. Geng Harum Manis boleh b ...
nazzse replied at 4-6-2021 02:20 PM
Buah, sayur2 tu kat cameron je manis, turun bawah terus masam, tawar.
Beli kena habiskan terus k ...
nazzse replied at 4-6-2021 02:20 PM
Buah, sayur2 tu kat cameron je manis, turun bawah terus masam, tawar.
Beli kena habiskan terus k ...
cyber_mania replied at 4-6-2021 03:23 PM
Ala bukan PKP kali pertama. Mcm biasalah buka order online.
Mak aku order mangga Perlis, 24 jam dah ...
ADVERTISEMENT