Walaupun kerajaan sudah mengumumkan golongan antivaksin yang cuba menghasut orang ramai boleh dikenakan tindakan, masih ada yang berani mencabar. Terbaru, selepas tular kaedah merawat jangkitan Covid-19 dengan menghidu wap rebusan bunga cengkih, muncul pula video seorang lelaki tua meminum cecair peluntur untuk membunuh virus berkenaan. Menerusi video itu, dia membuat demonstrasi dengan mencampurkan cecair berkenaan ke dalam air berkarbonat dan teh tarik sebelum meminumnya.
Dakwanya secara sinis, cecair berkenaan mampu membunuh racun di dalam tubuh. Ramai warganet menyuarakan kebimbangan mengenai bahaya video itu kerana khuatir ada pihak terpengaruh dan melakukan perkara sama terutamanya golongan warga emas. Zaman sekarang, bukan anak-anak saja perlu dipantau ketika melayari Internet, laman sosial dan apliaksi sembang, ibu bapa kita dari golongan warga emas juga perlu diperhatikan kerana bimbang sekiranya terpengaruh dengan info palsu khususnya hasutan dan dakyah antivaksin. - CARI
|
tipahketipung: Hala halahhhh. Sekor lagi nak jadi Atira pulak. Dah suntik duduk diam2 je la dik.
ADVERTISEMENT