Suhaimi Saad baru-baru ini mengumumkan "meletak jawatan" dari menjadi penyanyi nasyid serta meminta orang ramai tidak memanggilnya ustaz sebaliknya lebih selesa menggunakan nama biasa. Ini kerana baginya, panggilan ustaz satu gelaran yang tidak memberi apa-apa makna pun kerana hakikatnya manusia semua sama sahaja. Tambah bekas anggota kumpulan InTeam itu lagi, pengalamannya selama 21 tahun berada dalam industri seni, dia telah bertemu dengan pelbagai ragam manusia. "Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat.
"Ia kerana Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran atau jenis muzik yang kita bawakan. Jika niat baik, senikata dan cara penyampaiannya, maka baiklah balasan yang akan kita terima. "Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita," katanya kepada Harian Metro. Tambah Suhaimi lagi, ustaz hari ini tidak lagi seperti ustaz dahulu. "Sekarang kita ada macam-macam ustaz antaranya ustaz segera ,ustaz kaki perempuan, ustaz mencabul, ustaz tipu duit umrah dan pelbagai jenis ustaz lagi. "Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat," Menurutnya, yang paling utama bukan gelaran sebaliknya akhlak dan amalan yang dibuat. Itu yang perlu sama-sama kita rebut, usaha dan buktikan," katanya. Ya mungkin ada kebenaran juga apa yang dikatakan oleh Suhaimi berkenaan Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran namun dari sudut lain pula, panggilan ustaz itu mungkin sebagai tanda menghormati ilmu yang dimilikinya sebagaimana maksud ustaz itu sendiri adalah guru agama (lelaki). Apapun, itu pendapat masing-masing, apa pula pendapat korang? - CARI |
watatakut replied at 5-6-2021 02:30 AM
aiikkk pakai mask jugak rupanya
JohnyEnglish: Meh kita tgk ape komen world leader susulan sohai rsign jad penyanyi nashid.ni yg sempat aku baca hari tuJoe Biden-hari malang buat Malaysia atas kehi ...
ADVERTISEMENT