Kisah pengorbanan seorang wanita bernama Ayu pernah viral satu ketika dahulu. Wanita ini nekad menjaga suaminya yang terlantar koma selama 90 hari dengan sepenuh hati. Walaupun doktor sendiri pernah mengatakan bahawa tipis harapan untuk suaminya kembali pulih, namun dia tetap yakin yang suaminya itu boleh sembuh dengan izin Allah. Kini, Ayu selayaknya merasa bangga dengan keyakinan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya, Muhammad Ridhwan Muhd Zaki, kerana lelaki itu hampir sihat sepenuhnya. Sebelum ini, suaminya belum mampu bertutur walau sepatah kata tapi kini sudah mampu bercakap seperti biasa. Ayu atau nama sebenarnya Siti Rohayu, cukup bahagia disamping suami dan anak-anaknya. Ayu menyara keluarganya dengan menjalankan perniagaan online dari rumah. Menurut Ayu, lagi mudah baginya berniaga online sambil menjaga suami dan anak-anak. Selain itu, suaminya yang mengalami 'brain injury' akibat nahas jalan raya, sering membantu Ayu berniaga dengan cara 'live product review'. Loading FB Post... Namun siapa sangka, disebalik kegigihan dan kebahagian pasangan ini, ada pihak yang berniat untuk memisahkan pasangan ini iaitu keluarga mertuanya sendiri. Sebelum ini Ayu pernah dituduh berkhalwat, jadi mereka menggunakan alasan tersebut untuk menuntut hak yang kononnya mereka lebih layak menjaga Ridhwan. Foto: kisah dunia Foto: Facebook Siti Rohayu Menurut Ayu di ruangan komen, pihak mertua memilih Mahkamah untuk memutuskan siapa yang lebih layak menjaga Ridhwan. Ayu dan anak-anak kini, hanya menunggu keputusan mahkamah dan mereka hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah. " Tak ada gunanya lagi, diorang yang pilih untuk mahkamah selesaikan. Kami hanya menunggu keputusan, apa yang terjadi nanti, mungkin itu yang terbaik buat kami laluan yang akan dipilih nanti, setelah semuanya mahkamah putuskan nanti. Hanya mampu berdoa dan teruskan saki baki yang tersisa. Serah pada Allah," balasnya pada komen. Meninjau di ruangan komen, warganet ada bertanyakan, adakah suami mengenali dirinya dan anak-anak? Menurut Ayu, Ridhwan mengenali mereka dan memilih untuk bersama anak isteri walaupun ada yang datang untuk mengambilnya. " Dia kenal dan dia still memilih kami, dan tidak pergi ke mana-mana walau ada yang datang nak ambil dia". Jelas Ayu. Rata-rata warganet bersimpati dengan dugaan dan ujian yang perlu dilalui Ayu. Selain kecewa dengan tindakan yang diambil pihak keluarga mertua, ramai dilihat tidak putus memberi kata-kata semangat dan doa serta sokongan agar Ayu terus mempertahankan haknya sebagai isteri. -CARI |
bluebutter replied at 6-6-2021 10:10 AM
Ada lagi si ayu ni. Serem.
Hazifahrun1906 replied at 6-6-2021 02:00 PM
Ape yg serem 2? U knal ke Ayu ni?
eyansss replied at 6-6-2021 07:28 PM
laaa…. keluar balik cite dia ni…. baialan gagal di mahkamah ke? so skang tengah tarik simpati ke ...
depresio replied at 6-6-2021 10:50 PM
Laki tu ada pencen ke kwsp ke apa yg pakat berebut sgt tu?
ctcheery replied at 6-6-2021 11:17 PM
Cacat kekal dah lakinya mesti dpt socso, kwp bagai, insurance lg. Apply card OKu plak dpt lagi bln ...
ADVERTISEMENT