Penyanyi Wani Kayrie bersyukur pendapatannya tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana masih lagi boleh keluar bekerja.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, yang kini aktif mengacarakan program terbitan Didik TV memberitahu dia sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Alhamdulillah pendapatan saya tidak terjejas... saya masih lagi hosting untuk Didik TV terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu program Road To Success SPM 2021. "Selain itu, saya juga ada saluran YouTube sendiri serta ada kempen media sosial yang saya terlibat. "Sekali-sekala kalau ada mood saya akan ambil tempahan untuk baking kek, itu pun bukan selalulah ikut kelapangan saya," katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Jangan Jangan ini turut berkongsi cerita, di set penggambaran program tersebut hanya pengacara, tetamu, jurukamera dan jurumekap artis sahaja dibenarkan berada di set.
|
hyie replied at 6-6-2021 10:26 AM
bagus dia mengacara. Iols sempat jugak tengok sheols mengacara kat tv1 masa puasa hari tu pukul 7pm ...
hyie replied at 6-6-2021 10:26 AM
bagus dia mengacara. Iols sempat jugak tengok sheols mengacara kat tv1 masa puasa hari tu pukul 7pm ...
wirazam replied at 6-6-2021 04:36 PM
Dia mmg budak pandai dan talented Kan...hopefully direzekikan berjodoh dgn org baik baik juga...mu ...
ADVERTISEMENT