|
Pelakon Ummi Nazeera selamat bersalin anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu. Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, memaklumkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal.
Ummi turut bersyukur dia dan bayi berada dalam keadaan baik biarpun mengalami demam panas ketika proses bersalin. "Alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun lalu. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.2kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat. "Walaupun saya demam panas sekejap dengan suhu 38.3 celsius semasa dalam bilik bersalin... syukur sangat semuanya selamat.
"Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya, ” katanya.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083964 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.