Tidak lama selepas Zarina Anjoulie membuat beberapa pendedahan mengenai bekas suaminya, Fara Mendoza pula membuat hantaran di Instastory. Walaupun tidak menyebut nama individu hantaran itu ditujukan, namun melihat kemelut antara dua selebriti terbabit sebelum ini, tidak mustahil Zarina atau Anju adalah sasarannya. "Kalau dah bercerai tu, janganlah buka aib pasangan. Tak elok. Nanti aib awak terbuka sekali. "Tolonglah move on je, mungkin Allah nak uji," tulisnya di IG Story. Fara bagaimanapun berpesan kepada warganet dan diri sendiri supaya tidak menjadi batu api dan menyibuk hal orang lain.
"Jangan nak melaga-lagakan pasangan tu lagi. "Jangan suka cakap lebih-lebih tentang kehidupan orang, takut apa yang kita cakap berbalik pada kita suatu hari nanti," ujarnya yang meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Fara dalam masa sama meminta mana-mana pasangan bercerai supaya berfikiran positif dan tidak menuding jari antara satu sama lain. Bak kata Fara, dah tak ada jodoh, Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya. - CARI
|
BubblePop replied at 6-6-2021 03:17 PM
Mungkin Allah nak uji. Sambil ko tunjuk gambor jubi tertonggeng doggy style tu. Yiihh rengssaa nengo ...
ADVERTISEMENT