CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budak 7 Tahun Pun Cari Couple, Aplikasi Maksiat Kini Sasarkan Kanak-Kanak

7-6-2021 09:25 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4012| Komen: 12|Original author: Oleh: Cari-Azza



Jika sebelum ini, platform WeChat dan Bigo pernah mengegarkan negara kerana isi kandungannya yang menjadi titik tolak kepada gejala sosial remaja di Malaysia sehinggakan aplikasi Bigo pernah diharamkan.

Namun pernah kah anda membayangkan satu platform yang mempunyai isi kandungan sama, namun mensasarkan kanak-kanak?

Ya, ini yang berlaku sekarang, aplikasi jodoh atau maksiat ini sedang ligat mencari mangsa menerusi iklan di platform Tik Tok menyebabkan ramai yang terjebak.


Lebih menyedihkan, kanak-kanak semuda tujuh tahun pun sudah pandai mencari pasangan, semuanya salah siapa?


Foto :Twitter

Aplikasi ini menggalakkan penggunanya mengemaskini akaun dengan ayat-ayat yang mencari pasangan dilihat sebagai perangkap. Dapat dilihat kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 15 tahun ini meluahkan rasa kesunyian dan mahukan perhatian.


Foto : Twitter

Pastinya ada mata yang sedang memerhati kanak-kanak ini, misalnya pedofilia yang hanya menunggu mangsa memasuki jerat mereka.

Rata-rata pengguna Twitter berpendapat ianya aplikasi sampah dan tidak seharusnya digunakan oleh kanak-kanak yang tidak boleh berfikiran matang.

Foto : Twitter

Jika dulu, kita sangat risaukan golongan remaja yang mungkin terjebak dengan gejala sosial, kini masalah bertambah buruk apabila kanak-kanak sendiri merasakan perkara yang sama.

Apakah mereka benar-benar matang sehingga perlukan pasangan atau ibu bapakah yang tidak pandai mendidik anak? Apa yang perlu kita lakukan sekarang?-CARI





Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isseliparjepun 7-6-2021 11:17 AM
Pakai peranti di bawah pengawasan ibu bapa. Ibu bapa sentiasa pantau apps dan pastikan apps yang download, notify ke phone ibu bapa. Should never let kids with their own devices alone.
Quote Tinot7 7-6-2021 11:52 AM
Parents kena aware apps2 mcm ni..

Apo gambaq atas tu budak 13 and 14 nak cuddle2??
Quote imanjannah 7-6-2021 12:24 PM
yup.. apa2 pun apps, parents kena alert, cabaran utk parents membesarkan anak2 masa kini
Quote sekngucing 7-6-2021 12:30 PM
memamg budak2 pun ramai. dlm ni.... tiktok kuat promote benda ni

aku masa umur 10 tahun mak aku punyalah marah aku ada kawan pompuan... lepas u sampai sekarang aku tak kawan dgn pompuan.,.umur dah dekat 40...
Quote cmf_premierleag 7-6-2021 12:32 PM
nasib baik aku takde anak
tgk je le dugaan dan cabaran zmn skang ni bila nk besarkan anak2.kalo jd orang,baguslah
kalo tak jadi orang, nasib la
anak tu amanah yg terbesar tu
tu blom lg kos pendidikan and nasib diorg di masa depan yg serba serbi mencabar
Quote mclaren 7-6-2021 01:28 PM
Apa beza board Fokus dengan CI ye?

I feel this would get more coverage if also opened on CI? Harap boleh sebarkan kat ramai ibubapa sebagai peringatan.
App multi language or memang available in Malay je? Developed by locals ke? Sick.
Quote damsel_fiji 7-6-2021 01:33 PM
salah mak bapak la..seawal 6 bulan dah ko sumbat smartpon kat anak nak suruh dia diam kan..ditegur nanti meroyan sekor2
Quote ninja boy 7-6-2021 02:43 PM
sekngucing replied at 7-6-2021 12:30 PM
memamg budak2 pun ramai. dlm ni.... tiktok kuat promote benda ni

aku masa umur 10 tahun mak aku  ...

Bujang tua wakakaka
Quote sekngucing 7-6-2021 03:04 PM
ninja boy replied at 7-6-2021 02:43 PM
Bujang tua wakakaka

hahahahah takpelaa...  
Quote Cari-Azza 8-6-2021 10:05 AM
mclaren replied at 7-6-2021 01:28 PM
Apa beza board Fokus dengan CI ye?

I feel this would get more coverage if also opened on CI? Har ...



Fokus tu more perbincangan di alam maya
CI - isu semasa yang masuk berita

Haah, isu macam ni tak dapat sambutan daripada forumner sayangnya, sebab kalau tak cantas awal2 benda2 gini, kids yang terdedah ni akan pengaruhi kawan dia, tu yang jadi membarah akhirnya parah


Quote mclaren 8-6-2021 10:20 AM
Edited by mclaren at 8-6-2021 10:22 AM
Cari-Azza replied at 8-6-2021 10:05 AM
Fokus tu more perbincangan di alam maya
CI - isu semasa yang masuk berita



Baru faham beza CI dengan Fokus. Dulu confused sebab macam lebih kurang isi dia.

Memang amat bahaya ni dah lah sekarang ramai budak sekolah rendah pun bertiktok. Moga anak2 kita dilindungi .
Quote bulalof 8-6-2021 10:31 AM
maksiat berleluasa tanpa kita ketahui...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081295 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top