Betong: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai menjadi mangsa dera ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Zamry Alli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Betong mengenai seorang kanak-kanak meninggal dunia yang disyaki didera pada 3.45 petang hari ini. "Bertindak atas maklumat berkenaan, polis pergi ke hospital terbabit bagi mengesahkan perkara itu. "Hasil pemeriksaan pegawai perubatan terdapat beberapa kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak itu yang berkemungkinan menyebabkan punca kematiannya," katanya.
Menurutnya, kanak-kanak malang itu dikatakan dihantar oleh keluarganya ke hospital pada 3 petang. "Polis sudah menahan empat ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang berusia lingkungan 22 hingga 65 tahun termasuk ibu bapanya. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Zamry berkata, kesemua suspek akan dibuat direman untuk siasatan selanjutnya. "Kita memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat berkaitan kes ini. "Serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
jerukkedondong replied at 7-6-2021 10:20 AM
Jgn beranak kalo tak suka budak..
Pergi mereput dlm jail sana
Kurex replied at 7-6-2021 10:00 AM
Semoga family mangsa ni terseksa kena kobid!
stingerbaik replied at 7-6-2021 10:37 AM
mustahil melayu kita kheunz kurex
Kurex replied at 7-6-2021 11:02 AM
Aku tak boleh kalau pasal baby ni. Tak kisah Melayu mulia syurga ke, cina india ke apa. Memang sen ...
stingerbaik replied at 7-6-2021 11:04 AM
Nilai Ihsan kemanusian yg bersasar....
Kurex replied at 7-6-2021 11:05 AM
Hati aku ada sekulumit hitam utk rohingya
notM replied at 7-6-2021 10:34 AM
Melayu ke?
Kurex replied at 7-6-2021 11:02 AM
Aku tak boleh kalau pasal baby ni. Tak kisah Melayu mulia syurga ke, cina india ke apa. Memang sen ...
belilies replied at 7-6-2021 12:36 PM
Melayu sarawak. Suspek tu bf mak baby. Mak baby tinggalkan anak ngan bf sbb nak turun pasar. Tenga ...
haruslah replied at 7-6-2021 12:49 PM
Dulu2 mak tiri je jahat
Skrg bf/bapak tiro pun same naik
X belajar dr cerita/pengalaman
belilies replied at 7-6-2021 12:36 PM
Melayu sarawak. Suspek tu bf mak baby. Mak baby tinggalkan anak ngan bf sbb nak turun pasar. Tenga ...
ADVERTISEMENT