CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teksi didakwa tak guna meter: Pengguna mengadu !

15-10-2012 11:54 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6318| Komen: 21


SEBAHAGIAN pemandu teksi yang mengambil penumpang di Stesen LRT Taman Melati didakwa mengenakan tambang RM4 kepada pengguna dari Kondominium Platinum Victory 3 dan 5 serta Melati Utama, Gombak.

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Pengguna sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang turun dan naik di Stesen Taman Melati mendakwa terdapat pemandu teksi di kawasan itu yang mengambil penumpang tanpa menggunakan meter.


Pada awalnya, Utusan Malaysia yang menerima aduan tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam ruangan SMS MMS Anda telah mengadakan tinjauan selama dua jam di stesen LRT tersebut tetapi mendapati semua pemandu teksi menggunakan meter.

Bagaimanapun, perkara itu diakui berlaku oleh orang ramai, malah sebilangan pemandu teksi yang ditemui Utusan Malaysia di situ.

Ada di antara mereka memberitahu, terdapat pemandu teksi yang terus mengenakan tambang sebanyak RM4 kepada penumpang dari Kondominium Platinum Victory 3 dan 5 serta Melati Utama.


Seorang pelajar, Airisya Abdullah, 20, berkata, pemandu teksi yang mengambil penumpang dari kondominium tersebut ke Stesen LRT Taman Melati tidak menggunakan meter.


Katanya, penumpang sebaliknya terus dikenakan tambang 'automatik' sebanyak RM4.


"Bagaimanapun, teksi dari stesen LRT ini semua menggunakan meter. Kalau ada yang tidak menggunakan meter hanya dari kondominium itu sahaja," katanya.


Sementara itu, seorang pemandu teksi, Shuhairi Halim, 41, turut menyatakan perkara yang sama dan menambah bahawa kegiatan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter turut berlaku di stesen LRT itu.


"Teksi yang tidak menggunakan meter tersebut juga mengambil penumpang di stesen LRT ini tetapi mereka mengambil penumpang di sebelah belakang stesen dan bukannya di hadapan tempat menunggu teksi.


"Selalunya, mereka akan menunggu penumpang dalam pukul 5.30 petang. Penumpang mereka terdiri daripada penghuni di Kondominium Platinum Victory 3 dan 5," ujarnya.


Tambahnya, penumpang memilih untuk menaiki teksi itu kerana ia mengenakan tambang RM1.20 bagi setiap penumpang, tetapi perlu tunggu penuh.

p/s akibat tamak....


1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavapanas 15-10-2012 02:02 AM
teksi x guna meter ni citer lama zaman p ramlee
Quote MissNigga 15-10-2012 06:59 AM
Same thing goes to Stesen kamuter shah alam...
Drebar taxi siap ambik 3-4 penumpang with different destination...
Kemudian charge kaw kaw setiap kepala
Quote dasatgiler 15-10-2012 07:16 AM
MissNigga posted on 15-10-2012 06:59 AM
Same thing goes to Stesen kamuter shah alam...
Drebar taxi siap ambik 3-4 penumpang with different  ...

betul tuh.. kalau naik drpd stesen komuter shah alam seksyen 19 ke uitm RM20 dihentaknya.. sama gak ngan stesen komuter padang jawa, tak penah guna meter.. kerajaan negeri buat ler bas go shah alam mcm kat kl tu, ada go kl.. nak jugak nengok teksi driver nih buat demo tak nanti..
Quote MissNigga 15-10-2012 07:25 AM
dasatgiler posted on 15-10-2012 07:16 AM
betul tuh.. kalau naik drpd stesen komuter shah alam seksyen 19 ke uitm RM20 dihentaknya.. sama ga ...

setujuk ... provide ler bas yang bawak penumpang dr stesen kamuter ke section2 yang berdekatan...
taxi drebar kat sh alm ni mmg cekik darah ... lintah darat
Quote tobby 15-10-2012 07:25 AM
lavapanas posted on 15-10-2012 02:02 AM
teksi x guna meter ni citer lama zaman p ramlee

susah nak amik tindakan sbb drebar teksi majoriti bernaung bwh cawangan umno
Quote Lina66 15-10-2012 08:50 AM
lavapanas posted on 15-10-2012 02:02 AM
teksi x guna meter ni citer lama zaman p ramlee


dah tahun 2012 ..... tak lama lagi masok tahun 2013....

BUT...

pe'el still samer mcm tahun 50'an....
Quote ashraf5587 15-10-2012 08:55 AM
samela kalau kat jb.memang xpenah pakai meter pun.cekik darah.mentang2la dekat dgn singapore.enforcement xsekuat mcm kat kl.kalau buat aduan,adeje kene cantas..
Quote evolutionary 15-10-2012 09:17 AM
penguatkuasaan lembab, slow nak mampus, pengecut dan bodo
Quote dino 15-10-2012 09:18 AM
Lina66 posted on 15-10-2012 08:50 AM
dah tahun 2012 ..... tak lama lagi masok tahun 2013....

BUT...

nak duit lebih je drebar taxi.... mslhnya tak kaya jugak
org ramai klau naik taxi taknak guna meter jgn la naik.... klau terpaksa sila ambik no plet kereta wat report..... tp kdg2 org kesian nengok drebar taxi yg takleh cari makan... tp jgn kesian pd penipu

drebar taxi ni mmg tak purcaya rezeki Allah bg klau koje ikhlas.... penumpang pun tak kedekut nak sedekah lebih... tak ambik balance.... klau dpt pemandu jujur...  ni aku ingat zaman naik bas balik kg dr stesen putra nak ke bandar utama... letak harga rm30.... suka hati je...
rate zaman tu rm15 pun tak sampai.... rate skrg ye la dkt rm20...

Quote figurae 15-10-2012 09:33 AM
herm.. kat lrt pandan jaya pon ada... aku repot kat LPKP takde pe respon pon.........................
Quote cemp 15-10-2012 09:35 AM
eh da lama tak namapk bas mini kat padang jawa, dah tak wujud lg ke...
mak aku yg dr klinik sect 7 nak ke pdg jawa pon kena caj RM5-RM6...
Quote nexusys 15-10-2012 11:01 AM
Huh... aku dah jenuh meroyan kat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

harap kan sticker jek tepek kat blakang teksi...

in the end penguatkuasaan pun tak buat keja.... maka kes ni men jadi.... typical meleis anak pemalas bila buat kerja...
Quote kekure 15-10-2012 11:20 AM
SPAD
Sila buat repot kat sini..
kasi kaw2 sama pemandu teksi tu
Quote sadiq_segaraga 15-10-2012 12:05 PM
Aku gi KK hari tu.. nak balik gi airport, semua teksi bermeter tapi semuanya tutup meter diorang dengan kalendarlah, patunglah, buku lah kira macam tak ada meter. Bila aku tanya gi airport berapa? Diorang cakap RM30.. aku cakap tak perlah aku tunggu teksi lain.. terus diorang cakap RM25 pun boleh..  sebab aku tak biasa dengan KK, terpaksa jugaklah aku naik teksi RM25, RM25 lah..
Quote Lina66 15-10-2012 01:38 PM

Kalo dengan rakyat marhain sendiri depa2 ni bleh menipu.... ape tah lagi dengan foreigner kan...
Quote kucingTomey 15-10-2012 02:04 PM
bersyukur la teksi guna meter tu..kalu teksi guna meter camni camne?tak pening



Quote kudajantan77 15-10-2012 02:05 PM
kekure posted on 15-10-2012 11:20 AM
SPAD
Sila buat repot kat sini..
kasi kaw2 sama pemandu teksi tu

Hahahahahahahahaha ...

Takyah la jadi bodoh buat aduan terhadap pemandu teksi ... buat kena gelak dengan pemandu teksi jer ... last2 muka pengadu yg kena ludah dengan SPAD ngan LPKP ... aku dah laluinya ... banyak kali ...
Quote kudajantan77 15-10-2012 02:07 PM
Kat komuter Serdang kalo ade ade pemandu teksi berani ambil penumpang dan guna meter mesti kena baling atau kena pukul ... teksi kat situ dikuasai oleh geng gagak 08 ...
Quote nuryakmal 15-10-2012 02:10 PM
kalau buat aduan pun, boleh buat ape?

kalau tak dan sangat nak pakai teksi, use other alternative, bus, commuter, erl.... tak pun car pool....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.171500 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top