"I
ikhlas nak bantu influencer, insta famous, pelakon baru yang mula tanam
sifat untuk berlakon. Tapi korang kena jujur baru jadi. Kalau
korang buat sebab nak fame, pegang anugerah, menang bintang popular ke,
percayalah dik, tak ke mana pun." Tidak menafikan trend stesen televisyen yang suka mengambil personaliti media sosial (insta famous) sebagai pelaris drama masing-masing menjejaskan kualiti lakonan di Malaysia. Walaupun penggiat seni marah dengan situasi tersebut, ianya tetap berlaku dan akan terus berlaku. Justeru, pelakon berbakat, Nabila Huda mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan tip kepada mereka yang berminat dalam industri. Ianya khusus untuk memudahkan semua pihak.
"Kesian orang-orang senior yang sama-sama berlakon, tapi kena tunggu, buat akademi di set. Jadi kita nak marah tapi tak tolong." Menurut Nabila lagi, untuk menjadi pelakon serba boleh memang mengambil masa, kadang-kadang setahun dalam industri pun belum tentu pandai berlakon. Jadi, dengan kelas online pertama, ramai juga yang telah menghadiri kelas Abil itu, antaranya Kaka Azraf, Sharifah Rose, Aishah Azman dan ramai lagi. Walaupun
I bukan tahap best giler, I fikir kelas free nak tahu basic untuk menjadi seorang pelakon, ikut cara
Abil membantu." Bagi pelakon Munafik ini, berlakon perlu jujur dari hati dan tidak mengharapkan sebarang imbuhan. Itu yang perlu ada dalam diri setiap pelakon. Semoga usaha Abil dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelakon generasi pelapis hari ini. - CARI |
masnona replied at 7-6-2021 08:20 PM
Ptt raysha senrose tu join jgk. Smlm tertgk tv3 ulang drama dia. Apa tah tajuknya. Mulut asyk la mun ...
Imkhai replied at 8-6-2021 07:38 AM
mira pilza patut join sekali bkn best pon dia brlakon riak muka sepesen je
asamfish replied at 7-6-2021 08:21 PM
Free ke berbayar yang kata ikhlas tu?
kaedahnya replied at 7-6-2021 08:17 PM
seripahrose ni lawa la jugak. tapi tu la.
masnona: Ptt raysha senrose tu join jgk. Smlm tertgk tv3 ulang drama dia. Apa tah tajuknya. Mulut asyk la muncung. Muka bkerut2 mcm berak tak lawas.
ADVERTISEMENT