Seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila didera oleh suami sendiri selama lapan jam sehari tanpa henti di Banyuasin. Lapor Tribunnews, wanita itu diseksa dengan dicukur rambutnya sampai botak, dipukul di bahagian muka sehingga lebam di bawah kelopak mata serta bibirnya bengkak.
Nasib malang itu menimpa Reni yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak enam tahun lalu. Dia juga melecur pada muka apabila dicucuh dengan puntung rokok sehingga menimbulkan bekas luka di pipi kirinya. Tidak cukup dengan itu, suaminya pernah menderanya secara seksual dengan memasukkan objek ke dalam kemaluannya. Lebih memeritkan, wanita malang itu pernah disiram dengan minyak tanah di seluruh tubuhnya sebelum suaminya menyalakan api.
“Sebelum api membakar tubuh, saya dipaksa mengaku berselingkuh dengan lelaki lain barulah dia berhenti menyeksa saya. “Suami juga pernah kencing atas badan saya kerana sering menuduh saya curang dengan lelaki lain,” luahnya. Pasangan ini asalnya hidup bahagia, namun, suaminya mula berubah perwatakan apabila mencurigai isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain tanpa usul periksa. Sumber: Utusan
|
Janjimanismu123 replied at 7-6-2021 03:46 PM
Apsal la sanggup bertahan bertahun lamanya{:childlike
RumiMenari replied at 7-6-2021 03:47 PM
Kerana janjimanismu mungkin....
RumiMenari replied at 7-6-2021 03:47 PM
Kerana janjimanismu mungkin....
imransulaiman replied at 7-6-2021 04:46 PM
Ke betul dia curangi lakinya? Tapi kesian kalau tak betul
cupu replied at 7-6-2021 05:40 PM
Kdg2 xblh brain ada org ppuan selemah ni. Tp mmg ada. Kita nk tlg pun ssh sbb diaorg lemah betul. Ak ...
ninja9 replied at 7-6-2021 06:32 PM
tak ajar dia minta cerai ka... .. tapi itulah barangkali dia tak ada tempat bergantung selain ...
ADVERTISEMENT