Zara Zya berang apabila dihentam netizen ekoran berkongsi video promosi sebuah produk intim untuk pasangan suami isteri. Pelakon dengan nama sebenar Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 36, itu berkata, netizen seharusnya bersikap lebih terbuka.
"Apa salahnya video dan produk itu? "Bagi saya benda tu tidak salah pun. Terpulanglah kepada netizen untuk cakap dan nilai bagaimana. "Kenapa perlu bising dan gelabah sedangkan perkara tersebut memang berlaku dalam kehidupan seharian bagi pasangan suami isteri," katanya kepada Kosmo! Online. Kata Zara, sikap skeptikal seperti inilah membuatkan masyarakat kita tidak pernah maju. "Terang-terang dalam video tersebut saya hanya reviu mengenai produk, bukannya akhlak. "Itu tak boleh ini tak boleh, sebab itu orang kita ramai yang ke belakang. Semua perkara diambil dan difikir dari sudut negatif," katanya lagi. Zara sebelum ini dikecam tidak sensitif selepas berkongsi video lelaki dan wanita berpelukan di atas katil. - CARI
|
Rhyno replied at 7-6-2021 05:21 PM
persoalannya, dalam video berpelukan di ranjang tu Zara Zya ke?
ADVERTISEMENT