CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya tak tahu dia hisap apa, dia hisap ganja ke?" - TMJ ulas kenyataan Ifedayo

7-6-2021 10:21 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 12686| Komen: 103




Pemain import pasukan Selangor FC, Ifedayo Olusegun, 30, ketika ditemubual April lalu menegaskan hanya Selangor sahaja yang dianggap sebagai pasukan terbesar dalam kancah bola sepak negara.

Perkara ini turut diakui pemain sepak bola profesional kelahiran Nigeria itu sebelum dirinya menjadi sebahagian daripada skuad Gergasi Merah lagi.

Diminta mengulas mengenai kenyataan itu, pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu temubual di Instagram semalam seakan kurang bersetuju dengan kenyataan Ifedayo.



Tunku Ismail menegaskan bahawa skuad Harimau Selatan adalah pasukan terbesar dalam era bola sepak negara memandangkan kejayaan yang pernah dilakar mereka.

Jelasnya, itu adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi namun Tunku Ismail tetap memberi kredit kepada Selangor FC yang sememangnya memiliki sejarah yang tersendiri.

"Mungkin dalam segi sejarah, Selangor lebih besar daripada JDT tetapi berdasarkan kedudukan semasa, JDT adalah pasukan terbesar dalam negara ini. Saya bagi contoh, berapa pusat latihan yang Selangor ada? JDT ada empat. Berapa stadium Selangor ada? JDT ada empat.

TMJ mengandaikan penyerang skuad Red Giant yang juga merupakan Pemenang Kasut Emas Liga Super 2020 itu sedang "berkhayal" kerana tidak melihat kepada fakta semasa.

Ifedayo Olusegun


"Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis." 

Jelas TMJ lagi, skuad JDT merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) selain pernah memenangi pertandingan antarabangsa. Malah, beliau berpandangan dirinya jauh lebih tahu tentang "kedudukan" skuad bola sepak negara.

"Saya rasa saya lebih tahu kelab mana lebih besar dalam negara ini. Bagaimana dengan apa yang JDT sudah kecapi dan dengan pencapaian ini, Selangor adalah pasukan lebih besar daripada JDT?

Pada pandangan saya, tidak logik. Saya tak tahu apa dia hisap, dia hisap ganja ke?

Tambah Tunku Ismail lagi, dari segi "rivalry" buat masa sekarang ini, ia melibatkan pasukan Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC dan beberapa tahun yang lalu membabitkan pasukan Sri Pahang.

"Adakah Selangor hendak bermegah dengan sejarah kelab semata-mata? Nottingham Forest dahulu pun pernah menjadi juara Eropah, tetapi di mana mereka sekarang ini?

"Tidak ada apa yang hendak saya cemburukan dengan pasukan Selangor. Jika ada masalah pun, hanya melibatkan dua atau tiga individu dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), itu sahaja," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 7-6-2021 10:31 PM

tapi selangor memang padu pun sebelum jdt naik lagi  
Quote shark 7-6-2021 10:37 PM
wa dah lama tak layan bola.. nak main bola pun dah tak reti sejak covid ni
Quote VioletsAre_Blue 7-6-2021 10:51 PM
Selangor pernah ke final liga juara2 asia.. Rasanya pencapaian tu lebih besar dari menang afc cup
Quote mily 7-6-2021 10:59 PM

"Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis."

Suka quote tue... Sbb mcm nak kata ke diri sendiri je
Quote ResellerMaxis 7-6-2021 11:02 PM
Edited by ResellerMaxis at 7-6-2021 11:03 PM
mily replied at 7-6-2021 10:59 PM
"Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis." ...


Dengan  modal duit infiniti untuk team bola. Kalau bagi annuar musa benda sama pun. Sudah tentu dia boleh kecapi kejayaan lebih besar bersama kelate. Xde apa nak dibanggakan.

Lain lah kalau play fair n square macam team lain. Duit limited.
Quote buapakperut 7-6-2021 11:37 PM
wow dulu helang kini lebah aww aww
Quote cm_vungtau 7-6-2021 11:40 PM
Edited by cm_vungtau at 7-6-2021 11:41 PM

Setakat beli pemain boleh la. Berapa orang dalam team JDT tu yang orang Johor?
Quote haruslah 7-6-2021 11:44 PM
Jdt mmg asal lebah pon
Dulu la...since 2013 je jd rimau

Sebab tu, kayangan jgn campur urusan bawahan ni
Kang nak kata lebih pintu kena ketuk
Tp bila bawahan dikata mcm2 kena la terima

Kata bangsa johor, tu mmg cara dia...sindiran jer pun....yer lahhh...dia jer boleh sindir kan.
Quote haruslah 7-6-2021 11:54 PM
Logik la player slngor tu puji majikan dia
Dah kenapa nak sentap pulak kan staf company lain x puji company kau hebat
Umpama staf kilang tepi sungai puji bos dia, kilang top glove pulak sentap x.kena puji
Quote stingerbaik 8-6-2021 12:02 AM
Kejayaan dari sudut kekayaan yg dimiliki utk dimegahkan sampai boleh menajiskan panfangan org lain?

Ini adab bicara golongan kerabat?

Berapa ramai pelapis muda selama ini yg dapat digilsp bakatnya dari negeri iteww sendiri if you talk big? Ada?

Ini yg dikatakan pelopor pemaju bolasepak negara?

Kahkahkahkahkahkahkah

Quote Skuau 8-6-2021 12:02 AM
sayang sekali xde....kalaulah anak orng kaya negeri lain punya minat bola mcm TMJ....rasanya kualiti pasukan setiap negeri taklah jauh sgt bezanya..kalau ukur drp sudut bajet la.
Quote notM 8-6-2021 12:13 AM
Eleh..pemain JDT pun import dari Selangor...contoh Amri Yahya, Safee Sali, Safiq Rahim dll
Quote stingerbaik 8-6-2021 12:21 AM
notM replied at 8-6-2021 12:13 AM
Eleh..pemain JDT pun import dari Selangor...contoh Amri Yahya, Safee Sali, Safiq Rahim dll

Sebab iteww aku perhatikan for years they have been bragging about cups that they have won...stadium yg telah dibina...tapi kalau dilihat dari kualiti pelapis pemain muda yg telah jalani academy jdt if there is any la..born bred johoreans..tak pernah dengar pung...ini yg dia nak bangga bangga kheunz?

Bila bukak mulut diala wira..bila diberi amanah lead FAM...surrwnder white flag in just one year...wira la sangat...bila org sebut jagoh kampong saja top down tahu pulak tak teeima

Inila kinda wira pemaju  bolasepak negara..

Kahkahkahkahkah

Quote cm_vungtau 8-6-2021 12:27 AM
Edited by cm_vungtau at 8-6-2021 12:58 AM

Lebah tak perlu terangkan bla bla. Tapi dia terangkan pulak.
Quote duri_durians 8-6-2021 12:28 AM
mengucap panjang kalau bab2 berkaitan ni.

apa pun kecewa tengok pasukan malaysia kalah dgn uae itu hari. first touch gagal, shield bola gagal, passing gagal.
Quote KIM.K 8-6-2021 12:43 AM
stingerbaik replied at 8-6-2021 12:21 AM
Sebab iteww aku perhatikan for years they have been bragging about cups that they have won...stadi ...

Komen diri sendiri
Quote mamajawie 8-6-2021 12:44 AM
Nk tnya la tu team bola negara brape ramai player sana?kalah jugekkkk{:smile{:smile
Quote jiwarasa 8-6-2021 12:58 AM
Mohon selangor beli cr7 baru semua diam..

selangor negeri terkaya kot?
Quote depresio 8-6-2021 01:01 AM
Dulu selamgor  kedah kelantan
Aku igt lagi kisah selangor vs kedah

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.197956 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top