|
Seorang pengguna Google Earth membongkar imej misteri yang dirakam di sebuah gurun. Menurut individu dikenali sebagai Jason Cline yang membuat pendedahan itu menerusi aplikasi TikTok, dia berasa aneh ketika mebuat carian peta Amerika Syarikat (AS) menerusi Google Earth.
Ketika membuat carian di sekitar kawasan Nevada, dia melihat imej kumpulan lelaki berpakaian putih yang berada di tengah-tengah gurun. Malah dakwanya, kawasan itu juga seperti bandar hantu dan tidak berpenghuni. Jadi, kehadiran kumpulan lelaki itu ternyata menjadi misteri. Selepas membuat carian lebih mendalam, dia dapat melihat seolah-olah kumpulan berkenaan berdiri di dalam bulatan, seperti sedang melakukan ritual.
Menurut seorang pelayar internet, ia berkemungkinan sekadar arca atau patung yang disusun dalam bulatan dan ditinggalkan di lokasi itu. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.719933 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.