|
Setelah beberapa tahun hanya menumpukan kerja di belakang tabir, pelakon yang dikenali dengan watak antagonis, Avaa Vanja bersedia untuk sepenuhnya kembali mewarnai industri seni tanah air.
Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, kepercayaan diberikan pengarah, Mamat Khalid untuk beraksi filem francais Kampong Pisang membuatkannya tekad untuk aktifi semula berlakon, sekali pun dicop sebagai pelakon jahat. “Jauh di sudut hati, watak hitam yang cukup sinonim dengan saya suatu waktu dulu punya kepuasan untuk digali walau pernah berdepan kecaman serta kontroversi. “Bukan sikit cemuhan pernah saya lalui namun saya anggap semuanya sebagai cabaran dalam merealisasikan tanggungjawab selaku pemegang peranan.
“Kalau tak berani atau sangsi pada bakat sendiri, mengapa kita perlu patah semangat?Jika dicemuh saya terima sebab bermakna penghayatan saya menjadi. “Semua itu hanya di layar, bukan diri kita sebenar. Jadi saya tak takut untuk merebut apa juga peluang yang datang, lebih-lebih lagi watak antagonis,” katanya kepada Kosmo! Online.
|

ctcheery replied at 8-6-2021 09:49 AM
Dia ni yg pegang watak hantu Ayu pakai baju merah, yg last scene terbang tu. Cerita husin, Mon Dan j ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.317151 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.