CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Karier Muzik Aiman Tino Terbantut

8-6-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2747| Komen: 12

Penularan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu menyebabkan karier muzik Aiman Tino terbantut.

Baru berniat melancarkan single baharu, bulan ini, penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' fasa pertama yang dilaksanakan di seluruh negara sehingga 14 Jun ini, menyebabkan projek itu terpaksa ditangguhkan.


Kredit foto: IG


Sehubungan itu, Aiman atau nama penuh, Muhammad Aiman Yusri, 23, terpaksa menunggu masa sesuai untuk melancarkan single ciptaan Ikhwan Fattana itu.

"Sudah setahun saya tidak ada lagu baharu. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima mesej langsung (DM) daripada peminat yang bertanyakan mengenai single baharu.

"Kali terakhir saya muncul dengan single berjudul Dendam Simpati, awal tahun lalu," katanya kepada BH Online.

"Saya ada ada menerima beberapa lagu daripada komposer lain. Namun, akhirnya kami memilih lagu ciptaan Ikhwan," katanya.



Aiman berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan tahun lalu, kerjaya nyanyiannya terjejas.

"Tetapi sebagai artis, kita tidak boleh duduk diam. Kita perlu memikirkan strategi untuk memastikan kerjaya terus bertahan," katanya yang merancang melancarkan single dan video klip single terbaharu, serentak.

Aiman yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci kira-kira lima tahun lalu, mahu mengadakan persembahan secara virtual bagi mengeratkan hubungan dengan peminat.



"Kita perlu memikirkan strategi lain untuk menghiburkan peminat dan memastikan survival dalam industri seni.

"Biarpun peminat nampak kehadiran saya dalam bidang lakonan, namun, minat saya kepada dunia nyanyian tidak pernah pudar.

"Namun, berikutan tidak banyak aktiviti boleh dilakukan dalam bidang muzik, apabila mendapat peluang berlakon, saya tidak boleh melepaskannya.



"Saya bersyukur ada produser yang memanggil saya berlakon. Saya anggap tawaran itu sebagai bonus," katanya.

Aiman berkata, selepas drama Kampung Kolestrol, dia sepatutnya memulakan penggambaran sebuah drama lain, namun, tertangguh akibat PKP. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 8-6-2021 09:45 AM
selain dari itu?
Quote slyfynx 8-6-2021 10:33 AM
OnyFans la.
Alang2 dah leak
Quote Kurex 8-6-2021 11:04 AM
Asal ciknek tak terbantut dah la dik... Bila nak buat video lagi & bagi iols privately?
Quote Imkhai 8-6-2021 01:46 PM
Kurex replied at 8-6-2021 11:04 AM
Asal ciknek tak terbantut dah la dik... Bila nak buat video lagi & bagi iols privately?

vid leak dia tu smpai kesudah x ada sambungan kn
Quote Kurex 8-6-2021 02:10 PM
Imkhai replied at 8-6-2021 01:46 PM
vid leak dia tu smpai kesudah x ada sambungan kn

Kan... Kalau hunjaqeem ada jugak limpahan larva.. tapi dikno takde
Quote rain2169 8-6-2021 02:15 PM
karier dia terbantut ke dia yang terbantut?
Quote LadyCarefree 8-6-2021 02:17 PM
Ingatkan dia ngaku dia bantut.
Quote DayangKirana 8-6-2021 02:20 PM
off topic.
dia ni jambu sangat...nak tunggu muka mature sikit.
may b around late 30s and 40s kot..
Quote minnie_mouse 8-6-2021 04:25 PM
Terbantut yg seiring dgn kebantutan dia jugak ka??
Quote ashilalat 8-6-2021 11:45 PM
Mohon buat video baru adik comel agar karier tak terbantut..untung2 benda tak terbantut tu memanjangkan karier.
Quote 7doors 9-6-2021 12:31 PM
Kurex replied at 8-6-2021 11:04 AM
Asal ciknek tak terbantut dah la dik... Bila nak buat video lagi & bagi iols privately?

Masalahnya..dah mmng takat cenggitu je maxima nye....haha
Quote sleepandream 9-6-2021 01:39 PM
masa pkp ni la push single... org bosan spend time streaming lagu semua bagai kat rumah...
and persaingan nak naik carta lagu baru dekat radio pun kurang...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099438 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top