CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak rasa bosan, ini tip untuk suami isteri kerja dari rumah

8-6-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3581| Komen: 2

Kredit : CNBC



NAMPAKNYA situasi pandemik Covid-19 semakin membimbangkan dan langkah 'lock down' kendiri dan sekatan pergerakan penuh (SPP) dilihat dapat membantu dalam mengurangkan kadar jangkitan dalam komuniti.

Malah, arahan kerajaan juga sudah dikeluarkan untuk orang ramai bekerja dari rumah sahaja. Perkara ini mungkin memberi sekali lagi rasa bosan dalam hubungan rumah tangga kerana setiap hari pasangan perlu berada di tempat sama setiap hari.

Justeru, Wanita Metro (WM) ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin anda boleh pasangan suami isteri praktikkan untuk mengelakkan rasa bosan apabila sentiasa berada di rumah.

1. Jadualkan waktu bekerja dengan berdisiplin



Walaupun berada di rumah anda boleh menetapkan masa untuk bekerja seperti berada di pejabat. Ketika bekerja ingatkan pasangan supaya tidak mengganggu antara satu sama lain secara berdisiplin.

Sekiranya mempunyai anak yang perlu diberi perhatian, ambil tanggungjawab secara bergilir-gilir mengikut masa ditetapkan.

Kredit :  locktoninternational.com



2. Wujudkan ruang peribadi untuk bekerja

Sebaiknya jangan bekerja di ruang yang terbuka yang terdapat anak-anak atau pasangan anda turut bekerja di tempat sama.

Cari ruang peribadi tersendiri supaya anda turut dapat fokus melakukan tugasan yang diberikan majikan tanpa gangguan.

Contohnya jadikan bilik anak sebagai ruang bekerja sementara untuk isteri dan bilik bersama pasangan digunakan suami sebagai ruang bekerja sendiri.

3. Terapkan dalam diri anda dan pasangan sedang bercinta

Sebenarnya ketika berada di rumah adalah ruang privasi anda bersama keluarga dan wujudkan rasa sayang menyayangi antara satu sama lain setiap masa.

Tiada salahnya jika anda membuat kejutan tertentu kepada pasangan seperti mengirim surat atau teks yang mengatakan anda rindu. Ia pasti membuatkan pasangan rasa dihargai.

Kredit : cnbcfm


4. Sentiasa bekerjasama

Sememangnya ketika semua ahli keluarga berada di rumah terutama dengan anak-anak yang masih kecil memberi tekanan emosi kepada pasangan suami isteri kerana perlu melayan pelbagai emosi.

Namun, jadikan ia sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ketua dan pembantu dalam keluarga anda sendiri.

Tiada salahnya jika bergilir-gilir memasak, mengemas rumah atau menguruskan anak-anak kerana tanggungjawab di rumah bukan terletak pada sebelah pihak sahaja.


5. Jangan pendam

Sekiranya berlaku konflik dengan pasangan bersikap meluahkan lebih baik daripada memendam rasa kerana risau ia boleh mendatangkan keburukan jika tidak dapat dibendung.

Jadi pasangan yang sentiasa berlapang dada dan menerima kekurangan diri masing-masing dan perlu diingatkan setiap manusia tidak sempurna. Malah, berlakunya perkahwinan kerana anda dan pasangan sudah bersedia menerima sikap masing-masing.

Selesaikan masalah atau konflik dengan baik. Sekiranya sudah
di peringkat tidak
boleh dikawal gunakan saluran betul untuk meluahkan rasa marah. Bertindak kasar secara fizikal boleh membawa mudarat!



6. Sentiasa bersama-sama dekatkan diri dengan agama

Agama adalah tiang dalam kehidupan dan dalam tempoh sentiasa bersama di rumah ini waktu yang boleh digunakan untuk mengamalkan ajaran agama dengan sebaik-baiknya.

Contohnya solat berjemaah dan membaca al-Quran bersama-sama serta memahami ertinya, sudah pasti dapat mencipta keberkatan dalam hubungan suami isteri.



Sumber : Harian Metro



 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Janjimanismu123 8-6-2021 05:26 PM
Ai tak bosan pun
Quote pxlbb 8-6-2021 05:58 PM
Bosan?


Bosan??!!

Serius laaaaahhhh??!!!


I wish I could be bosan. But hell no! Tak sempat nak bosan wfh ni yach

Time keje kat office dulu selalu stay up. Tapi sekarang wfh sampai tak tido pun ada yach

Tapi tetappp bersyukur berbanding orang lain yang tutup bisnes atau kena terminate sbb company downsizing..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.112664 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top