CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Beradik Kebuluran, Sakit Dalam Flat Daif

9-6-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2942| Komen: 5

Brasilia: Sungguh memilukan apabila tujuh beradik dibiarkan kebuluran, sakit serta tidak terurus di sebuah flat daif di negeri di utara Brazil.

Memetik Daily Mirror, ketika tugas menyelamat dilakukan 4 Jun lalu, polis mendapati mereka terkunci di sebuah flat yang terletak di Macapa dalam keadaan kelaparan, dehidrasi, kotor serta tidak berpakaian.

Bahkan ada antara mereka selesema dan menunjukkan gejala anemia dan cedera pada badan.

Foto: Daily Mirror

Kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun itu ditinggalkan dalam jagaan saudara mereka berusia 13 tahun.

Menurut jabatan perlindungan kanak-kanak, seorang daripada kanak-kanak itu mengalami autism dan mereka semua dirawat di hospital.


Kanak-kanak itu terkurung tanpa pengawasan ibu mereka yang turut menetap di rumah itu.

Tempat tinggal itu sangat kotor dengan tiada bekalan air bersih, minuman, makanan, dapur mahupun peti sejuk di dalamnya.

Remaja berusia 13 tahun itu memaklumkan, kanak-kanak itu adalah anak kepada dua kakaknya.

Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak menghubungi dua wanita terbabit bagi mengambil anak mereka semula selain turut menjejaki bapa serta datuk dan nenek mereka.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milafida 9-6-2021 09:28 AM
Beristigfar akak baca Tajuk ingat Malaysian
Quote shernazz 9-6-2021 09:31 AM
Kasi pantau..
Apa pasal tinggalkan anak2 gitu
Quote naina 9-6-2021 09:33 AM
Tak faham aku..mak nya duduk situ tapi jadahnya paksedara 13 tahun jaga pahtu biarkan. Maknya nape tak jaga..kenapa biarkan terkurung anaknya
Quote any42 9-6-2021 09:36 AM
dah tau xnmpu tnggung knapa ggih nk branak pinak kesian bdk2
Quote nononcrux 10-6-2021 09:58 AM
sama je ni smeua mentality manusia otak tak function tahu nak ngesex je.. kesian la ank ank

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033648 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top