CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Baru Seminggu Kahwin, Ifan Seventeen Dah Mengeluh-"Dia Menangis Minta Dipujuk"

9-6-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4480| Komen: 16

Biarpun baru seminggu bernikah dengan wanita pillihan hatinya dikenali Citra Monica, vokalis kumpulan Seventeen, Ifan sudah 'mengeluh'.

Bagaimanapun keluhan Ifan itu bukanlah sesuatu yang tidak baik, sebaliknya kerana dia dipaksa makan oleh isterinya itu.


Ifan berkata, Citra akan buat-buat merajuk sampai menangis jika dia menolak hidangan makanan yang sudah disediakan.


Foto: IG

"Kenapa isteri suka paksa suaminya makan. Tahulah hobinya memasak, tapi setiap juadah disuruh makan.

"Kalau tak makan nanti dia tiada 'mood', seolah-olah jadi isteri yang teraniaya. Kemudian menangis dan minta dipujuk," tulisnya di Instagram.



Menurut Ifan, demi menjaga hati isteri kesayangannya itu dia mungkin akan naik berat badan selepas ini termasuk, berperut buncit.

"Kalau tidak dikawal, si suami akan naik berat badan dan buncit, malah dimarahi supaya diet.

"Wahai isteri memahamilah jeritan hati kami," tulisnya yang sekadar bergurau.



Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah bernikah dengan Citra Monica yang juga model terkenal pada 29 Mei lalu.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Ifan dan kedua bagi Citra Monica




Terdahulu, pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami di Tanjung Lesung, Banten, Indonesia. Pada kejadian sama, tiga anggota kumpulan Seventeen turut disahkan meninggal dunia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-6-2021 10:11 AM
Poyonya both of them. Creating a problem out of nothing. Macam orang tak matured.
Quote CatMiow 9-6-2021 10:16 AM
La.. Tu pun jadi topik ka?

Selama bercinta mesti dah ada adegen memujuk berkali2.
Quote opie5662 9-6-2021 10:41 AM
Mesti bini masak x sedap
Quote ReginaGeorge 9-6-2021 10:51 AM
Kalau mcm tu jangan makan. Makan pun mengeluh.
Quote Kurex 9-6-2021 10:59 AM
Mcm retis dekat Malaysia la.. lepas kawen je mesti ada cerita "isteri tak sangka suami pandai masak, suami rupanya seorang gayboy, suami rupanya suka main catwalk2, isteri smrupanya suka bertinju, isteri rupanya sorang jantan"
Quote Normabaru 9-6-2021 11:34 AM
rasa cm br je bini dia hilang kena telan ombak.. dah ada pengganti.. lawa mcm arwah. So trulop ade ke x sbnrnya? hehehe
Quote manehnya 9-6-2021 11:55 AM
Lupa terus dah kt arwahnya bini no1

Ingatkan x kawen dah... Ermmm lelucky
Quote umbut 9-6-2021 12:12 PM
Arwah bini dulu no2 kan... Caras bini pertama.. Kira curanglah... Senang je dpt pengganti.. Ifan ni muka cam cina.. Etnik tionghua indon ke
Quote tuttt 9-6-2021 01:41 PM
Muka pun mcm arwah bini dia yg meninggal tu. rasanya ex wife dia yg first dulu bersyukur kot tak panjang jodoh ngn dia ni. Ex wife dia yg first tu pun educated, keje doctor. Done jadi netijen indon
Quote missycutie 9-6-2021 02:46 PM
yg ni pun jadi tajuk berita ke
Quote missycutie 9-6-2021 02:46 PM
yg ni pun jadi tajuk berita ke
Quote YPM_Addora 9-6-2021 03:19 PM
tuttt replied at 9-6-2021 01:41 PM
Muka pun mcm arwah bini dia yg meninggal tu. rasanya ex wife dia yg first dulu bersyukur kot tak pan ...

dgn 1st wife tu dulu dia kawen muda kan.tapi respect dekat exwife no 1 tu sbb gigih study sampai grad.
kawen pon dgn org yg educated juga


Quote YPM_Addora 9-6-2021 03:21 PM
umbut replied at 9-6-2021 12:12 PM
Arwah bini dulu no2 kan... Caras bini pertama.. Kira curanglah... Senang je dpt pengganti.. Ifan ni  ...

kalau tak silap, dia ni Melayu Kalimantan, mcm Melayu Sarawak lah kot. Kalo perasan, dia pakai baju Melayu time event mcm raya.

Quote nakkomenjugak 12-6-2021 07:17 AM
Iras bebeno dengan arwah wife dulu. Sejenis ada type jugak ni
Quote Analisaxx 15-6-2021 03:59 PM
YPM_Addora replied at 9-6-2021 03:19 PM
dgn 1st wife tu dulu dia kawen muda kan.tapi respect dekat exwife no 1 tu sbb gigih study sampai g ...

ketiga2 semua cantik. 1st wife cantik versi muslimah..yg current ni macam anak dara je lagi, nampak muda dari usia padahal dah ada anak remaja
Quote iolss 16-6-2021 02:56 PM
i ingt dia meratap ms wife dia meninggal dlu..
well, men...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.036739 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top