Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan daripada doktor dan bukan melalui kajian sendiri menerusi enjin carian Google.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata bahawa dia telah mendapatkan pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya. “Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google,” ujarnya.
Menurut pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia mengambil masa sehingga tiga minggu untuk melalui beberapa proses bersama doktor untuk mengesahkan penyakit mental yang dialaminya. “Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis. “Proses itu tidak semudah seperti menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenalpasti sebarang simptom,” ujarnya.
|
ellejo replied at 9-6-2021 12:31 PM
apa reason dia guna utk keluar negara kalau belum kawen?
djzara81 replied at 9-6-2021 01:34 PM
Gambar first kinah, bila zoom in korang nmpk tak apa yg aku nmpk?
ellejo replied at 9-6-2021 12:31 PM
apa reason dia guna utk keluar negara kalau belum kawen?
djzara81 replied at 9-6-2021 01:34 PM
Gambar first kinah, bila zoom in korang nmpk tak apa yg aku nmpk?
Firis replied at 9-6-2021 02:03 PM
Nmpk apa tu?tk lalu nk zoom,siap scroll laju2 lg sbb annoy dia buat muka gitu.
ADVERTISEMENT