Kota Bharu: Jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini yang meninggal dunia meningkat mendadak apabila 250 jenazah diuruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sejak Januari sehingga semalam.
Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, jumlah kematian itu menunjukkan peningkatan ketara kerana pada tahun lalu hanya 12 jenazah pesakit Covid-19 yang diuruskan. Katanya, pihaknya pernah menguruskan 10 jenazah Covid-19 di beberapa daerah di negeri ini dalam masa satu hari. "Pengurusan jenazah dilakukan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak bomba akan terus bekerjasama dengan KKM untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Waris pesakit tidak mampu menguruskan jenazah Covid-19 kerana risau dengan keselamatan diri. Namun, pada masa akan datang, kita bercadang bekerjasama dengan waris untuk membantu mereka menguruskan jenazah," katanya selepas meninjau proses sanitasi di Pejabat New Straits Times Press (NSTP) di sini, hari ini. Zainal berkata, setakat ini lebih 2,000 premis yang sudah disanitasi di negeri ini. "Proses sanitasi dilakukan selepas sesebuah premis atau pejabat itu mempunyai kes positif Covid-19 atau mendapat permintaan daripada mereka. "Kita juga mengajar masyarakat untuk membuat sanitasi sendiri terutama di kediaman untuk memastikan tahap kebersihan terjamin," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je
{:smile
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je
{:smile
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je
{:smile
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je
{:smile
ladybugz replied at 9-6-2021 10:26 PM
encik ebit n encik caprice n semua ngo lain yg rasa nk merentas negara nknpegi oversea tu sila consi ...
ADVERTISEMENT