Seorang murid darjah empat mencabul kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Wogowela, Nusa Tenggara Timur selepas menonton filem lucah. Tribunnews melaporkan, Unit Siasatan Jenayah Polis Ngada, Rai Artika berkata, hasil soal siasat terhadap saksi, mangsa dan suspek, pihaknya mendapati budak itu memperoleh video pornografi daripada seorang pekerja yang bekerja di pusat kesihatan awam.
Katanya, suspek tidak ditahan memandangkan kanak-kanak itu masih di bawah umur. “Kes itu dilaporkan sendiri ibu mangsa pada 19 Mei lalu. Kejadian bermula selepas mangsa diajak abangnya dan pelaku serta saksi lain mencari serbuk kayu. “Mereka mencari serbuk itu di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Keli. Selepas itu, suspek dan seorang individu lain mengajak mangsa ke tempat lain di belakang batu besar. Di situlah suspek mengambil kesempatan mencabul kanak-kanak itu,” katanya.
Menurut Rai, selepas suspek mencabul, seorang rakan lain juga berkeinginan mencabul secara bergilir-gilir, namun, hasrat tersebut berjaya digagalkan abang mangsa. Katanya, abang mangsa melihat adiknya dalam keadaan separuh bogel tanpa memakai seluar. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT