|
Video tular di media sosial menunjukkan filem lucah ditayangkan di televisyen (TV) di pusat pemberian vaksin Covid-19, di Costa Rica. TV itu secara tiba-tiba menyiarkan filem berkenaan, di mana sebelum itu menayangkan khidmat awam di kemudahan perubatan.
Kejadian berlaku di Bandar San Jose pada Isnin. Menurut Daily Star, ketika kejadian, orang awam sedang menunggu di dalam khemah perubatan untuk giliran mereka mendapatkan suntikan vaksin. Keadaan itu menggemparkan orang ramai, sementara petugas kesihatan cuba untuk mematikan TV yang kelihatan bersambung dengan komputer. Petugas bagaimanapun berjaya mematikan TV tersebut dengan mencabut 'plug' dan memohon maaf kepada orang awam di atas kesulitan yang berlaku.
Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada insiden berkenaan berlaku secara tidak sengaja atau angkara gurauan (prank). Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang memainkan video tersebut. Sumber: mStar
|


JunkMail replied at 10-6-2021 02:18 AM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Acik KKM layan lesbo porn pulek... Fetish ke?
JunkMail replied at 10-6-2021 10:18 AM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Acik KKM layan lesbo porn pulek... Fetish ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049475 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.