Baru dibuka Disember lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel mendedahkan kedai makan Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak sudah pun dijual.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, keputusan itu dibuat bukan disebabkan terjejas dengan perintah kawalan pergerakan PKP sebaliknya mengalami masalah dengan rakan kongsi. "Kafe tu lama dah kitorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan a few partner kami, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu. "Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga," katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Gundah itu berkata, biarpun dalam keadaan pandemik Covid-19, dia dan suami masih tidak terjejas teruk berikutan masih mempunyai perniagaan lain.
|
dudaberhias: as expected... haritu lagi forumer dah komen bagitahu jangan buka cafe, confirm tak tahan lama mana. lagi2 kalau retis yang buka cafe ni. banya ...
helicornia replied at 10-6-2021 11:10 AM
haha iols la salah sorang yg komen gitu. akhirnya jd nyata.btw iols tertarik dgn ayat theyols syuk ...
dudaberhias replied at 10-6-2021 11:02 AM
as expected... haritu lagi forumer dah komen bagitahu jangan buka cafe, confirm tak tahan lama mana. ...
ADVERTISEMENT