YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar menjelaskan ada pihak menyebarkan berita palsu mengenai keluarganya yang berada di Malaysia. Jelasnya kepada media Indonesia, individu terbabit bagaimanapun sudah memohon maaf menyebarkan berita kononnya ahli keluarga Atta telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kata menantu Krisdayanti itu seperti dipetik portal GEMPAK, "Itu cuma khabar angin, Biasalah orang buat cerita". Difahamkan, individu sama juga pernah mendakwa sebuah petisyen dibuat bagi 'menghalau' keluarganya dari Malaysia sebab tidak disukai ramai orang di negara ini kerana bersikap jelek.
"Keluarga saya tidak dihalau pun, malah mereka berkawan dengan masyarakat setempat. "Keselematan dan keamanan amatlah penting kalau kita tinggal di sesuatu tempat. Mereka pun patuh dengan semua peraturan di Malaysia," jelasnya. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kan? - CARI
|
zeed: Kenapa dia duudk malaysia? Berhijrah?
Suchi: Iols pun tertanya kenapa family hape berjahit kat tgn ni tersadai kat malaysia eh. Memang takleh blk langsung ke?Tgk ig mak dia nampak main golf bagai ...
imransulaiman: Kerja bangunan kot...
kuchibambam replied at 11-6-2021 05:55 PM
Atta ni siapa..fekes sgt ke sampai blh kawen anak.KD
nevberg replied at 11-6-2021 07:00 PM
Youtuber tersohor..subscriber dia kat youtube berbelas juta
nevberg replied at 11-6-2021 07:00 PM
Youtuber tersohor..subscriber dia kat youtube berbelas juta
ADVERTISEMENT