Ada yang mempersoalkan tindakan Sharifah Zarina yang hanya berturban semasa pergi ke Amerika Syarikat sebelum ini. Tak mahu salah faham, penyanyi ini tampil menjelaskan perkara tersebut.
Katanya segelintir penduduk negara tersebut mempunyai sentimen Islamofobia sampai sanggup bertindak ganas sehingga membunuh. Dia juga simpati dengan nasib yang menimpa rakan seagama di negara terbabit. "Inilah masalah bila ke Amerika Syarikat, saya akan pakai tudung ala-ala turban atau ikat simpul ke. "Rasa berdosa yang amat tu Tuhan je tahu. Sebab banyak kali dah kena dengan Mat Salih ni bila kita pakai tudung dengan sempurna, layanan amat berbeza,"tulisnya melalui Instagram.
|
ADVERTISEMENT