Biopik, I Am Nicol David bakal diterbitkan syarikat produksi filem dan media digital, ACE Pictures Entertainment dalam bahasa Inggeris dengan watak jurulatih skuasy Nicol, Liz Irving akan dilakonkan oleh aktres Hollywood.
Pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, Datuk Nicol David, 37, mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosialnya, kelmarin, sekali gus membuat peminatnya teruja. Bintang sukan tersohor dunia atau nama sebenarnya, Nicol Ann David yang juga juara dunia sebanyak lapan kali pernah mengimpikan kisah hidupnya dapat diterjemahkan di layar perak, suatu masa nanti. "Saya amat teruja dan bangga memaklumkan mengenai perancangan pembikinan filem ini. "Saya selalu mengimpikan dapat berkongsi kisah hidup suatu hari nanti. Saya mahu pengalaman saya memberi inspirasi kepada setiap insan untuk bekerja keras.
"Ia sekali gus mencapai apa yang diingini, selain sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar," kongsinya dalam laman Instagram dan Twitter.
|
fadz84: X sabar nk tgk.. mesti mantap sbb ada sentuhan Hollywood
cicicumel replied at 10-6-2021 06:27 PM
So siapa colan2 yg layak pegang watak Nicole David?
jangan ada rekemen Janna Nick okey...
cicicumel replied at 10-6-2021 06:27 PM
So siapa colan2 yg layak pegang watak Nicole David?
jangan ada rekemen Janna Nick okey...
AvengersPanther replied at 11-6-2021 09:21 PM
Maybe Sazzy Falak ke untuk Nicol’s image…
ADVERTISEMENT