CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang 11 Tahun Lepas- Rupa-Rupanya Tinggal Dengan Kekasih, Hanya 500 Meter Dari Rumah Ibu Bapa

11-6-2021 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3970| Komen: 18

Pelik tapi benar!

Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad, Kerala sejak 11 tahun lalu, ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah yang hanya terletak 500 meter dari kediaman ibu bapanya.


Menurut The Indian Express, wanita yang bernama Sajitha itu dilaporkan hilang pada Februari 2010 di mana ketika itu dia berusia 18 tahun.

Foto: India.com

Selama bertahun-tahun, ibu bapanya tidak berputus asa mencarinya namun sia-sia.

Sajitha tinggal secara rahsia di rumah keluarga kekasihnya, Alinchuvattil Rahman, dan dia 'dikurung' di sebuah bilik tanpa pengetahuan ahli keluarga lelaki tersebut.

Mereka merahsiakan hubungan daripada pengetahuan orang lain kerana berbeza agama.

Tiga bulan lalu, Rahman bertengkar dengan keluarganya dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah berkenaan.

Pasangan itu menetap di kampung lain, yang terletak tidak jauh dari rumah ibu bapa Sajitha, tanpa pengetahuan keluarga sebelum 'kantoi' apabila diketahui salah seorang abangnya.

Pasangan itu kemudian dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibenarkan tinggal bersama selepas Sajitha nekad mahu bersama dengan kekasihnya. - CARI

Sumber: mStar/ India.com
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • worm

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 11-6-2021 08:42 AM
asal berlaki is everywhere hehe
Quote None68 11-6-2021 08:54 AM
Macam2...11 tahun tu x beranak pulak ye
Quote TOPwind 11-6-2021 08:59 AM
None68 replied at 11-6-2021 08:54 AM
Macam2...11 tahun tu x beranak pulak ye

sehari pun dah mcm2 berlaku nikan pulak 11 tahun.
Quote makita 11-6-2021 09:08 AM
Dah 11 tahun msih level kekasih kah
Quote ciklahcuteII 11-6-2021 09:56 AM
kekasih gelap..
Quote isbritneybich 11-6-2021 10:49 AM
i saspek sajitha aman2 jah keluar di waktu malam, terutama bila bulan tak mengambang
Quote helicornia 11-6-2021 11:01 AM
sanggup kena kurung 11 tahun demi cinta
iols berkurung 11 hari demi pkp ni rasa nak mental
Quote jiwasemangat 11-6-2021 11:31 AM
..tak kann tak terserempak kat ana-ana..? Kat speed mart kerr.. kat pasar kerr.. kat mamax kerr...?
Quote ctkusiam 11-6-2021 02:54 PM
kawin ke tak tu? kan mereka berbeza agama? Tak pula dipenggal kepalanyer yer bila keluarga dapat tahu..
Quote nakkomenjugak 12-6-2021 06:53 AM
sanggup dikurung demi cinta yach!
Quote ninja9 12-6-2021 07:09 AM
traumanya sampai 11 tahun lari dari keluarga.. tp at least dia berjaya pertahankan cinta wpun belum ada ikatan..cinta sejati kah?
Quote Cik_jantung 12-6-2021 07:37 AM
Cinta sejati tu memang wujud ehhh
Quote jazaa100 12-6-2021 09:19 AM
jiwasemangat replied at 11-6-2021 11:31 AM
..tak kann tak terserempak kat ana-ana..? Kat speed mart kerr.. kat pasar kerr.. kat mamax kerr...?

Dia tak kuar. ...dok dlm bilik je......
Family kekasih pun x tau....

Quote supernaturalee 12-6-2021 12:17 PM
jazaa100 replied at 12-6-2021 09:19 AM
Dia tak kuar. ...dok dlm bilik je......
Family kekasih pun x tau....

Kencing berak?


Ishhhh
Kesah plk aku kencing berak org
Choiiiii


Quote jazaa100 12-6-2021 01:19 PM
supernaturalee replied at 12-6-2021 12:17 PM
Kencing berak?



Mesti lah dlm bilik tu ada toilet semua.....

Org dlm rumah tu pun x tau wujud nya pompuan tu.....
Quote 3chanceno 12-6-2021 01:50 PM
Pelik bin Ajaib camna keluarga lelaki tak tahu..mungkin bilik lelaki tu di atas atau di bahagian belakang rumah..di kg kadang kawasan rumah besar terutama golongan kayangan...entahlah labu dlm 11 tahun tak terberanak pulak pompuan tu!!
Quote darkness 12-6-2021 01:54 PM
Aiyohhh..boleh pula bertahun tahun xtau mana anak dia p
Quote edayildiz 12-6-2021 01:58 PM
500 meter tu dkt sgt la kan...
sgup eh..cinta sejati btl ni.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.123505 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top