Masih hangat di media sosial mengenai kenyataan pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad yang dikecam warganet selepas memuat naik video berkaitan jodoh di laman media sosialnya. Video yang memaparkan Prof. Muhaya mengatakan wanita " biarlah macam bodoh-bodoh sikit" jika mahu cepat mendapat jodoh turut di bidas pelatih pakar bedah, selebriti, dan doktor pakar lain. Datuk Nurul Hidayah atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid mempunyai pandangan tersendiri mengenai kenyataan pakar motivasi tersebut. Nurul Zahid telah berkongsikan pandangan menerusi entri di Instagram dengan mengatakan bahawa pesanan orang tua penuh dengan 'kiasan'. " Jodoh kita ni Allah yang tetapkan. " Kalau orang tua-tua pesan dengan 'kiasan' tak perlu 'sentap'. Ambil yang positif dan fikir dahulu sebelum kita Komen dengan emosi," tulis Nurul.
Foto: Instagram Nurul Zahid Nurul mengulas, buat-buat bodoh dan bodoh adalah dua pemahaman yang berbeza.
|
Skuau replied at 11-6-2021 10:51 AM
Aku tulis balik ye...kalo x nak ' bodoh-bodoh'....boleh jer 'MEMANDAI-MANDAI'..xyh nak pening2 haper ...
alesandra replied at 11-6-2021 05:15 PM
Apa maksud ko memandai -mandai dlm konteks ini..?dah 2kali aku terbaca komen ni.eloborate plis.
yusryimran replied at 11-6-2021 04:14 PM
anak ngan bapak 22 aku menyampah
riyadhK replied at 11-6-2021 12:24 PM
Living proof isteri bodoh bodoh
gideoncross replied at 12-6-2021 12:52 AM
Iol imagine uol brbisik camni kat iol time kita tngh pilih2 smbil nak bli brg2 kat kdai runcit:lol ...
ADVERTISEMENT