|
Pelakon Amar Baharin mengajak orang ramai untuk melakukan perkara-perkara baik sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Amar berkata, antara amalan yang boleh dilakukan adalah menghafal surah al-Mulk dan al-Kahfi. "Nasihat saya kepada semua sepanjang 'lockdown' ini supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat ketika berada di rumah. Cuba buat sesuatu yang bermanfaat yang mungkin kita jarang dapat buat sebelum ini kerana kekangan masa. "Contohnya hafal surah al-Mulk dan al-Kahfi, berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa Hari Putih, banyakkan solat-solat sunat seperti tahajjud, witir, dhuha dan hajat. Bagi yang memasak, boleh cuba menu-menu baharu untuk keluarga," katanya.
Dalam masa sama, Amar yang juga suami pelakon Amyra Rosli terpaksa akur dengan penundaan sesi penggambaran drama Hati Yang Dikhianati (HYD) yang kini ditayangkan menerusi slot Tiara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
|
Rogue98 replied at 11-6-2021 11:49 PM
Apa job si Amar ni....sendu...dah lah cepat sentap...nampak amyra jer ke hulu ke hilir kerja ...masa ...
Nozot replied at 12-6-2021 03:40 AM
ada drama dia yg kena stop sebab covid..katanya dari drama mistreshermanas, tapi tak sesuai sagat ...
Nozot replied at 12-6-2021 03:40 AM
ada drama dia yg kena stop sebab covid..katanya dari drama mistreshermanas, tapi tak sesuai sagat ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.502778 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.