Seorang ahli Parlimen termuda Korea Selatan memohon maaf selepas mencetuskan kemarahan peminat kumpulan K-Pop popular BTS. Ryu Ho-jeong mencetuskan kemarahan selepas menggunakan gambar tatu seorang anggota kumpulan tersebut, iaitu Jungkook sebagai bahan untuk mempromosi kempen melonggarkan undang-undang tatu di negara ini, lapor AFP.
Ho-jeong didakwa cuba ‘membawa Jungkook ke dalam kancah politik’ oleh para peminat fanatiknya. Korea Selatan mempunyai undang-undang tatu yang ketat, menyaksikan proses itu diklasifikasikan sebagai prosedur perubatan dan hanya boleh dilakukan oleh doktor bertauliah. Mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh berdepan dengan hukuman penjara. Ho-jeong yang mengaku beliau juga merupakan antara peminat BTS, memuat naik gambar tatu Jungkook dalam akaun media sosialnya.
Dalam kempennya, Ho-jeong mengusulkan rang undang-undang untuk membenarkan artis melukis tatu diberi latihan untuk sah di sisi undang-undang negara ini. Seorang daripada peminat BTS menggesa ahli Parlimen wanita berusia 28 tahun itu memadam gambar tersebut. “Jangan gunakan selebriti untuk kempen politik anda. Saya gembira kerana tidak lagi menyokong parti anda,” tulisnya. Sumber: Utusan
|
edayildiz replied at 11-6-2021 02:38 PM
gelabah btl peminat bts..i ni suka korea jgk tp i tade taksub mcm army..tp i dh strt suka plak dgr l ...
bakingsoda replied at 11-6-2021 04:02 PM
semoga populariti bts pupus dlm masa terdekat bawak skali army berkubur. kambus beramai2 blkg rumah ...
dudaberhias replied at 11-6-2021 02:40 PM
Yang komen dan kecam tu pun semua perempuan huduh bbnu andartu. Bercermin mata, muka penuh jerawat, ...
setori_mori replied at 11-6-2021 03:28 PM
Lagu bts sedap. Each member tu ada voice lain2 so mcm compliments la in a song bila bergabong
insulin replied at 11-6-2021 03:46 PM
Kenapa la nak cacah tatu? Buat badan kau jadi hodoh je.
insulin: Kenapa la nak cacah tatu? Buat badan kau jadi hodoh je.
ADVERTISEMENT