Ketika seluruh dunia sedang dalam keadaan getir berdepan virus maut Covid-19 dan vaksin pula menjadi ikhtiar terbaru, masih ada lagi segelintir manusia yang mengeluarkan dakyah tidak berasas mengenai vaksin yang dikatakan boleh memudaratkan. Kenyataan yang tidak berasas ini telah menimbulkan kegusaran dan ketakutan kepada orang ramai untuk mengambil vaksin bagi mengurangkan kesan buruk kepada kesihatan jika terkena Covid-19 dimasa akan datang. Bukan sahaja ada dakwaan vaksin mengandungi mikrochip, malah ada pula kenyataan terbaru mengatakan kesan vaksin akan membuatkan penerima vaksin maut dalam masa 2 tahun akan datang. Tampil menjawab kenyataan tular yang dianggap paling mengarut pernah didengarinya, Dr Malar dengan lantang membidas individu-individu tidak bertanggguhjawab menyebarkan dakyah tersebut.
"Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mejawab soalan yang best ini" Apa komen doktor tentang kalau ambil vaksin akan mati dalam masa 2 tahun? "Saya nak tanya eh, siapa yang mula-mula sebar berita ini? awak dapat email ke dari malaikat maut ke?" "Ke awak ni kawan baik malaikat maut, mana awak dapat berita lepas 2 tahun akan mati kenapa tidak tiga tahun? kenapa bukan setahun setengah? kenapa bukan 2 bulan, kenapa kena 2 tahun jugak? saya tak faham", soal doktor Malar. Tambahnya lagi, mati adalah rahsia sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi. "Pandai-pandai je, eh mati ni sejak dari zaman Nabi Adam tak ada siapa tahu siapa mati bila. Yang awak ni pandai-pandai sangat nak jadi "assistant" Tuhan ni pasai pa?" "Awak ingat vaksin tu apa? benda alah kecil cinonet tu yang korang dok takutkan. Yang arak banyak-banyak tu korang tak takut? tak pernah pula cakap kalau ambil arak akan mati dalam masa 2 tahun? Kalau ambil rokok boleh mati dalam masa 4 tahun? Tak pernah pula korang sebar benda-benda macam tu dekat Whatsapp? vaksin juga yang difitnahnya " jawabnya tegas. Jawapan pedas menusuk kalbu dari Dr Malar mendapat sokongan netizen. Untuk info, Doktor Malar Santhi Santherasegapan merupakan seorang doktor bilik kecemasan (ER) di Columbia Asia Hospital di Cheras dan kerap berkongsi ilmu kesihatan, pengalaman dan tip memerangi Covid-19 serta penerangan mengenai vaksin di Facebook rasminya "Celoteh Dr Malar". - CARI |
ifanonline replied at 11-6-2021 07:47 PM
dr. malar ni andartu ke?
Mopiko replied at 11-6-2021 07:55 PM
muda lagi kot ni.ntah2 dah berlaki
MeghanK replied at 11-6-2021 07:56 PM
dr malar ada 2 anak
tumpanglalu74 replied at 11-6-2021 07:29 PM
Deyy aci.. Ajal di tangan tohan. Ko tengok kavadi Thaipusam. Cucok sana cucok sini pon tarak mati ...
Moyangkucing replied at 11-6-2021 08:42 PM
Pernah juga baca pasal mati dalam masa 2 tahun ni. Tak ingat baca di mana... masa baca tu gerun la j ...
ADVERTISEMENT