Memilukan apabila kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilarikan oleh bapanya enam minggu lalu, ditemukan maut akibat lemas di Pulau Tenerife. Olivia dan adiknya Anna dilaporkan hilang di Pulau Canary pada 27 April lalu selepas bapa mereka, Tomas Gimeno membuat panggilan telefon kepada bekas isterinya, Beatriz Simmermann dengan nada perpisahan, kata jurucakap polis Guardia kepada AFP.
Keesokan harinya, bot milik bapa kanak-kanak malang itu dan kerusi keselamatan kanak-kanak ditemui terapung di perairan Pulau Tenerife. Pada petang Khamis, pasukan mencari menemukan mayat seorang kanak-kanak di dasar laut yang kemudian dikenal pasti berusia enam tahun, menurut seorang jurucakap polis. "Seluruh Sepanyol terkejut dengan kejadian ini," kata Perdana Menteri Pedro Sanchez. "Saya tidak dapat membayangkan kepedihan yang dialami ibu Anna dan Olivia dengan kejadian mengerikan ini," katanya. Pasukan penyiasat masih mencari Anna dan bapanya. Berdasarkan sumber, media sepanyol berkata, bapa kanak-kanak itu dilihat sedang memasukkan beberapa beg ke dalam bot pada hari mereka dilaporkan hilang. Sumber: Harian Metro
|
darkness replied at 12-6-2021 02:04 PM
Sian anak jadi mangsa...kalau nak mati, matilah sorang2
TOPwind replied at 12-6-2021 08:12 PM
kasi aja kat aku biar aku bela dua2.
ADVERTISEMENT