|
Penyanyi rap Caprice dalam satu temu bual eksklusif OWH! MG baru-baru ini berkata, anak muda perlu berani dan diberi hak bersuara dan melontarkan idea. Beliau berpandangan, anak-anak muda negara ini perlu diberi pendedahan itu demi masa depan Malaysia.
“Selamatkan anak muda, maksudnya selamatlah masa depan Malaysia. “Orang lama (pemimpin) ni nak selamatkan diri, nak kuasa dan diri sendiri saja,” dakwa beliau. Tambah Caprice, secara logik demi ummah dan rakyat, apabila bercerita pasal masa depan sebenarnya anak muda adalah masa depan. “Kita nanti dah sembah ke bumi, anak mudalah masa depan kita. “Saya rasa wakil rakyat sekarang tak dengar masalah rakyat. Mereka duduk dalam Parlimen pakai ‘headphone’,” ujarnya. Caprice turut berpandangan kebanyakan wakil rakyat ini hanya muncul dan bersikap baik ketika memancing undi untuk pilihan raya.
“Apabila mereka dapat kuasa, duduk dalam Parlimen, mereka tak nak dengar atau tak mahu dengar suara rakyat? “Saya rasa…. bukan saya saja, ada ramai anak muda di luar sana perlu bangkit dan jadi pemimpin baharu,” katanya.
|



tagas replied at 12-6-2021 03:33 PM
Ko pun kalo jadik politician gitu jgk
btw sape mamat kecemprit nih
sleepandream replied at 12-6-2021 03:41 PM
syed saddiq... yeo bee yin... nurul izzah... antara yg bagus kalau berdebat dalam parlimen...
mostl ...
evlinne replied at 12-6-2021 05:23 PM
Lama x dengar perkataan kecimpret tu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048079 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.