Tanda pagar #BoycottKareenaKapoorKhan menjadi sohor kini dalam kalangan pengguna media sosial di India sebagai menunjukkan protes terhadap pelakon, Kareena Kapoor Khan selepas dia meminta bayaran tidak masuk akal untuk satu watak dalam filem.
Media antarabangsa melaporkan Kareena baru-baru ini ditawarkan untuk membawa watak sebagai Sita dalam filem Alaukik Desai's Sita: The Incarnation, karya K Vijayendra Prasad yang sebelum ini pernah menulis untuk karya francais, Baahubali. Kontroversi tercetus apabila Kareena meminta bayaran sebanyak RM6.7 juta untuk watak itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen di India. Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kareena seolah-olah mengguris hati dan menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu apabila meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membawa watak itu.
|
September14 replied at 14-6-2021 10:31 AM
Motippppppp gosip tempatan
ADVERTISEMENT