Pelakon Hairul Azreen memulakan kariernya dalam bidang seni sebagai seorang stuntman atau pelakon lagak aksi. Namanya mula diangkat selepas membintangi filem Paskal yang merupakan filem pecah panggung.
Menerusi filem itu juga, Hairul bukan sahaja dipuji dari segi lakonannya yang memang mantap tetapi dia juga menerima pujian berikutan tubuhnya yang sado. Perjalanan membina badan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi nak mengekalkan bentuk badan, ianya ternyata lebih sukar. Oleh kerana terlalu ramai yang bertanya kepadanya tentang cara membuat badan untuk filem, Hairul menjawab pertanyaan tersebut dengan berkongsikan persiapan untuk filem terbarunya “The Assistant” melalui Instagram story. Hairul memulakan coretannya dengan berkata bahawa dia tidaklah sepandai mana tetapi dia hanya ingin berkongsi perjalanan kehidupannya serta apa yang dia lakukan sebagai rutin. Menurut Hairul dia memulakan harinya pada pukul 6 pagi setiap hari dengan latihan yang terbahagi kepada beberapa bahagian.
Menurut Hairul, untuk filem The Assistant, dia mengambil seorang guru lakonan bagi mengasah teknik lakonannya. Fuh, nampak memenatkan dan ekstrem betul latihan yang dilakukan oleh Hairul ni. Menerusi perkongsiannya, Hairul berkata bahawa dia pernah buat badan jadi gemuk untuk filem “Pasal Kau” dan dia juga pernah mencapai peratus lemak badan sebanyak 3.5% di dalam filem “Wira”. Menurut Hairul perjalanannya membina badan bukanlah suatu perjalanan yang mudah namun kata Hairul jika kita kerap memberi pelbagai alasan, kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita mahukan. “Saya pun tak melalui fasa yang mudah. The best never rest," katanya. Memang hebat Hairul ni. Sorang pelakon yang sangat berdedikasi dan selalu berikan yang terbaik dalam karyanya. Sumber: KoolFM
|
bakingsoda replied at 14-6-2021 01:27 PM
dia ni walaupon lembam2 gitu tapi gigih ye capai ape yg dia nak. dapat kawin dgn crush dia, pulun tr ...
ADVERTISEMENT