|
Seorang ibu tanpa seurat benang di tubuhnya didakwa mencampak bayi perempuan yang baru lahir dan anak lelakinya di pangsapurinya di Brownsville, Brooklyn. Dalam kejadian jam 11.20 pada Sabtu lalu, polis berkata, Dejhanay Jarrell, 24, mencampak kedua-dua anaknya melalui tingkap sebelum dia sendiri melompat keluar dan memukul mangsa. Media tempatan melaporkan kejadian dipercayai berpunca akibat suspek terlalu terlalu kepenatan menjaga dua anak bersendirian, lapor Mirror. Jirannya, Carl Chin, 41, mendakwa dia bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu.
Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, bayi berkenaan dibawa ke hospital dalam keadaan parah manakala anak lelakinya mengalami cedera ringan. Jarrell yang ditahan pihak polis berdepan pertuduhan melakukan keganasan termasuk dua percubaan membunuh. - CARI
|
ifanonline replied at 14-6-2021 01:45 PM
tekanan mental kpd wanita is real...sama juga tekanan2 mental kpd andartu

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.260781 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.