Selepas empat bulan disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19, penyanyi Syafiq Farhain berkata dia tidak mengalami sebarang komplikasi atau masalah dalaman pasca jangkitan virus tersebut.
Menurut Syafiq atau nama sebenar Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, dia boleh melakukan semua aktiviti harian dan tidak berdepan sebarang simptom Covid-19 berpanjangan atau long Covid sejak disahkan bebas hujung Februari lalu. "Alhamdulillah buat masa ini saya tak ada berdepan sebarang masalah dalaman akibat Covid-19... selalu dengar orang kata akan ada gejala mudah sesak nafas dan lemah badan, tapi syukur saya tak alami simptom itu. "Sekarang ini semua aktiviti saya boleh buat, tak ada masalah... nak berlari ke, memanjat ke... okay sahaja! Semasa saya positif Covid-19 dulu pun saya tak berdepan sebarang simptom, hanya hilang deria rasa dan bau sahaja.
"Mungkin sebab sebelum ini saya aktif berjoging, main bola dan pergi gim... dalam seminggu ada la empat hari berpeluh, mungkin itu faktor membantu menguatkan antibodi!" katanya kepada mStar.
|
ImpianSeroja replied at 14-6-2021 02:29 PM
First time tgk ibunya..wife Salem dulu
fadz84 replied at 14-6-2021 06:54 PM
Ikut muka mak dia rupanya.. samalah first time juga tgk..
fadz84 replied at 14-6-2021 06:56 PM
Pernah nmpk dia ni kat mamak area Putrajaya.. elok & semerbak wangi..
ADVERTISEMENT