Menjawab tentang khabar angin netizen yang mendakwa dirinya kini sedang hamil, penyanyi Ernie Zakri menafikan perkara tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik dalam Twitter miliknya.
Ciapan tersebut dinyatakan Ernie bagi menjawab desas-desus ditimbulkan netizen apabila ada yang meninggalkan komen mengatakan dirinya kini hamil. “Itu bukan ‘baby bump’. Dalam perut tu makanan. Jangan buat saya macam ini. Saya sangat suka makanan sampai lepas kahwin tidak berhenti makan nasi. “Tapi saya dah berhenti makan nasi sekarang dan kembali kepada gaya hidup sihat,” tulis Ernie. Menerusi ciapan berkenaan juga, pelantun lagu Gundah itu menganggap spekulasi netizen yang mengatakan dirinya kini hamil merupakan doa untuk dirinya. “Tapi doa-doa anda itu saya aminkan. Doa banyak-banyak tau untuk saya dan mereka yang mahu timang anak,” jelasnya.
|
gekkou replied at 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu
gekkou replied at 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu
gekkou replied at 14-6-2021 05:40 PM
anggap la itu doa
bagus ernie, x cepat melatah
tak seperti artis US nan satu
Suchi replied at 14-6-2021 08:26 PM
Mana gambar benjolan di perut tu.
Ramai pompuan kurus tp peyut boncit heheh teringat kawan seruma ...
LipasComel replied at 15-6-2021 10:52 AM
sis, iols ada kwn mcm ni. nasib baik iols bukan kaki bawang sebar2 cerita dekat kawan lain nape pe ...
ADVERTISEMENT