Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal pasangan hidup. Bagaimanapun dalam satu kisah yang dikongsi oleh seorang lelaki di laman Reddit, dia mendedahkan 'pengalaman ngeri' yang dialaminya apabila keluarga tunangnya bertindak keterlaluan hanya kerana mahu mengetahui jumlah gajinya.
Ibu bapa kepada tunang lelaki tersebut mengajaknya masuk ke dalam bilik tetamu kerana mahu berbual dengan lebih mendalam. Dalam sesi perbualan, mereka mendesak lelaki tersebut untuk mendedahkan gajinya dengan alasan mahu masa depan anak perempuan mereka terjamin, namun lelaki itu menolaknya dengan sopan.
Lelaki itu sebaliknya memberi jaminan untuk menjaga tunangnya dengan baik namun bakal ibu dan bapa mentuanya enggan menerima jawapan tersebut. Tertekan dengan situasi itu, lelaki berkenaan mahu meninggalkan bilik tetamu namun dia diugut untuk dikurung. Dia bertegas dan memarahi ibu dan bapa tunangnya kerana bersikap seperti pisau cukur dan terus meninggalkan rumah tersebut. Tunangnya jelas kecewa kerana lelaki itu memanggil keluarganya pisau cukur dan mendesaknya memohon maaf, namun lelaki tersebut enggan berbuat demikian. -CARI Sumber: mStar/ India.com
|
ADVERTISEMENT