Pakatan Harapan (PH) berpandangan kerajaan tidak boleh lagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh. Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan harus mencari jalan bagi memastikan rakyat dapat dibela dengan memberikan suntikan kewangan.
“Kita tidak boleh terus dengan PKP dan biar rakyat lapar, mesti ada suntikan kewangan. Orang akan tanya dari mana nak dapatkan sumber kewangan kalau pinjam pun pinjamlah,” katanya. Presiden PKR itu berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca Covid-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini. Jelas Anwar, kenyataan bercanggah antara menteri-menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) juga menyebabkan pelaksanaan dasar kerajaan yang tidak seragam. Justeru itu, perlu ada penyeragaman tindakan lanjutan di peringkat kerajaan pusat, negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan PKP dapat mengoptimumkan pengawalan pandemik Covid-19.
“Kerajaan sekarang memang gagal kerana setiap hari kenyataan bercanggah, ramai ‘panglima besar’ tetapi tidak seragam pendapat mereka. “Hari ini buat kenyataan dan esok disanggah oleh menteri yang lain, ada menteri yang kritik keputusan Kabinet dan sebagainya. “Ini tentunya mengelirukan sebab itu kita perlu ada satu di peringkat pusat, negeri dan daerah,” katanya lagi. Anwar sebelum ini membidas kerajaan PN kerana didakwa gagal mengawal Covid-19 di Malaysia. Menurutnya, dengan saiz Kabinet yang besar, mengapa kerajaan masih lagi gagal untuk melaksanakan langkah terbaik bagi menangani pandemik. Sumber: MalaysiaGazette
|
msdummy.2018 replied at 15-6-2021 10:53 AM
Amboi sedap ckp, kalo pinjam pun pinjamlah...fuhhh
batmana replied at 15-6-2021 05:42 PM
anwar pn klu nk bantu, elok transform jadi cm ebit ajala, pi derma apa2, msti org ramai support..
tripleid replied at 15-6-2021 08:06 PM
Dah buat PKP 3 kali..
Dan berkali-kali buat PKPB, PKPP, PKPD,
termasuklah buat DARURAT..
ADVERTISEMENT