Menyedari kadar vaksinasi negara rendah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini muncul membantu usaha kerajaan mengoptimumkan imuniti kelompok. Beliau berkata, jumlah rakyat yang mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hanya sekadar 13 juta berbanding 32 juta rakyat di negara ini.
Justeru itu, Najib berkata, sasaran imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan masih jauh dengan 17 juta lagi rakyat negara ini masih belum mendaftarkan diri untuk menerima vaksin. “Bagi saya sendiri, saya bersyukur kerana berkesempatan menerima vaksin pada dua bulan lalu. Saya tahu ada yang sebarkan macam-macam berita di WhatsApp selepas saya diberikan vaksin kononnya saya ada masalah kesihatan akibat vaksin. Ada yang kata saya di ICU kerana kesan sampingan vaksin. “Ini tidak benar, badan saya juga tidak ada apa-apa mikrocip dan saya tidak menjelma jadi Wolverine atau mana-mana mutan,” katanya dalam siaran langsung di Facebooknya.
Najib juga mencadangkan kepada kerajaan agar menggerakkan usaha maksimum untuk pendaftaran vaksin dalam kalangan rakyat dan optimumkan kadar vaksinasi. Dalam pada itu, Najib berkempen yang vaksin adalah benteng utama rakyat negara itu untuk melawan penularan Covid-19. Loading FB Post... "Mengapa perlu divaksin? Memandangkan ada kemungkinan akan dijangkiti Covid-19 juga benar tapi keberangkalian jangkitan amat rendah bagi mereka yang telah menerima vaksin. “Jika dijangkiti pun, vaksin yang ada dalam tubuh badan akan melindungi kita dari simptom atau kesan mengancam nyawa,” katanya lagi. Sumber: MalaysiaGazette
|
Beliau berkata, jumlah rakyat yang mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hanya sekadar 13 juta berbanding 32 juta rakyat di negara ini.
ADVERTISEMENT