|
Sudah lama meminati Nabila Huda, penyanyi Kaka Azraff berasa teruja apabila berpeluang untuk menyertai kelas lakonan aktres tersebut secara maya pada 7 Jun lalu.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap Nabila Huda yang mesra disapa Abil sebagai seorang pelakon yang berjaya selain selebriti yang disegani. Dilihat semakin aktif dalam lakonan, penyanyi berusia 32 tahun ini mahu mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik dengan memperlajari bidang tersebut. "Bila Abil kongsi nak buka kelas, saya terus rasa nak join. Walaupun waktu itu, saya tak tahu apa yang Abil akan ajar tapi mesti Abil akan kongsi pengalaman yang dia pernah lalui... itu yang saya nak tahu.
"Saya memang minat dengan Nabila Huda sebab dia seorang pelakon yang berjaya selain seorang selebriti yang saya hormati. Walaupun nampak dia macam tenang, tapi dia seorang yang sangat fokus dan displin dalam kerja.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.033287 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.