CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Shahora Luah Perasaan, Bayaran Pelakon Lama Dan Baru Macam Tiada Beza

15-6-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4853| Komen: 23

Baru-baru ini, akhbar tempat, Harian Metro ada menerbitkan sebuah artikel mengenai bintang Bollywood, Kareena Kapoor yang kini dikatakan meletakkan harga yang terlampau tinggi bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmatnya.


Kisah tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon senior, Sharifah Shahora.



Kredit foto: IG

Jelas Sharifah, dia menyifatkan tindakan Kareena itu tidak sepatutnya dipertikaikan memandangkan bintang tersebut mempunyai pengalaman yang begitu luas di dalam dunia lakonan.

Katanya lagi, senario yang sama turut berlaku di dalam industri seni tanah air apabila bayaran yang ditawarkan buat buat pelakon baru dan lama dilihat seolah-olah tiada beza.




“Dia pelakon lama. Memang ada harga . Lakonan Kareena pun best. Kat Malaysia heroin/ hero pengalaman 5 tahun dengan heroin/ hero baru 6 bulan berlakon, harga dah sama.

“Penat hero/ heroin dah berpengalaman 5 tahun nak memanjat sampi ke puncak, harga dah sama dengan hero/ heroin baru. Tiada harga siling,” tulisnya.




Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Angkara Cinta itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Sharifah turut merasakan para artis senior ini berhak untuk mendapatkan bayaran yang lebih baik berdasarkan cara kerja dan pengalaman mereka selama ini.

“Tu pun harga tak baca skrip. Director kena explain kenapa scene tu terjadi, apa yang berlaku terhadap karektor hero/heroin. Jadi value harga tu tak tahu atas sebab apa?

“Maybe sebab follower, lakonan dapat sambutan, management amik percent tinggi? Kenapa oh kenapa? Jangan letak murah.. jangan letak mahal. Letak harga ikut pengalaman,” ujarnya lagi.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut senada dengan Sharifah selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat diperbetulkan.

“Mereka ikut pengalaman, Malaysia ikut populariti. Berbakat atau tidak, berpengalaman atau tidak, semua letak tepi. Simpati dengan pelakon-pelakon lama seperti dibuli.



“Saya setuju kak. Sepatutnya lebih banyak pengalaman lebih banyak bayarannya bukan sikit.

“Kalau kerja dah 10 tahun tapi gaji tetap sama bagaimana kak? Kami yang crew-crew pula?,” antara komen-komen netizen di laman Instagram. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote johnfugelsang 15-6-2021 01:36 PM
Hmmm, rajin sikit aku nak comment. Tapi aku rasa camni la, kerjaya sebagai pelakon bukan lah teknikal yang kau boleh kata, “hey, aku dah belakon sejak Mahathir keje klinik kat Alor Star lagi, takkan bagi I rate camni je”.

To be honest, sebagai pelakon, pengalaman DOES NOT EQUAL to harga. Ada pelakon yang natural berbakat melawak, menangis, mengemut muka, dsb. So harga ni bergantung la. Hello, pekerjaan ni adalah business ok. Kau kene fikir, kalau kau meniaga, kau nak promote kat saluran TV yang wujud 100 tahun tapi audience dia hanya 50 orang atau kau nak promote kat saluran TV yang just start semalam, tapi ada audience 50 juta?

It’s all about balancing your cost and return of investment. Antara kerjaya yang pengalaman boleh kau nak demand harga ialah doktor, pilot, cause they are technical people.

Kalau nak sangat demand harga boleh je, tapi jangan la merempan kalau takde job.
Quote slyfynx 15-6-2021 01:57 PM
Penerbit kisah hape pasal pengalaman.
Die kesah cite tu laku ke x.
Ade orang nk tgk ke x.
Tu la industri hiburan.
Pengalaman x menjamin ape2 pun.
Quote ImpianSeroja 15-6-2021 02:11 PM
Kat Malaysia bkn mcm Hollywood Bollywood..makin tua makin tinggi saham.itu hakikat kena terima.
Quote Kurex 15-6-2021 03:08 PM
Takpelah pah.. kalau takde badut dalam industry hiburan, takdelah iols boleh maki hamun mereka2
Quote dudaberhias 15-6-2021 03:12 PM
Kalau tak herlok dan tak popular tak payah la letak harga tinggi2. Ada bakat atau anugerah pun kalau tak herlok orang takmau jugak tengok.

Sekarang zaman dah berubah dik, orang nak tengok yang herlok herlok jah di TV, kalau tidak deorang pindah ke Netflix.
Quote hyie 15-6-2021 03:21 PM
betul je apa kata kakprik tu sis...sama juga macam bidang kerja lain, takda pengalaman tapi gaji starting tinggi mengalahkan orang yang dah ada pengalaman bertahun.
Quote isteri_ayil 15-6-2021 04:24 PM
nak payment besar bila dah keje lama, sila kerja makan gaji di jabatan2 kerajaan, swasta atau GLC. makin senior, makin byk pengalaman, makin tinggi gaji..
sekian.
Quote asamfish 15-6-2021 05:10 PM
johnfugelsang replied at 15-6-2021 01:36 PM
Hmmm, rajin sikit aku nak comment. Tapi aku rasa camni la, kerjaya sebagai pelakon bukan lah teknika ...

Well said!  Di Bollywood boleh la pelakon senior cantik lawa nak demand sbb population tinggi.  Dpt 1% yang minat dan nak tgk filem depa pun, filem tu dah boleh raih puluh juta.  Di Malaysia ni population rendah.  Itu belum lagi orang yang dah tak tgk drama2 or telefilem.  Ujung2 12k jah yang nak tengok.  Agak2 penerbit nak offer rega mahal tak?  Bila tak laku, salahkan penonton.

Quote imanjannah 15-6-2021 05:13 PM
gitu la dunia malaywood sisturrrr
Quote anony-mous 15-6-2021 05:27 PM
Klau retis bollywood hollywood tamil mmg aku sokong tindakan diaorang. Retis malaysia??? Xperlu. Setakat berlakon drama mudah , nama pon terkenal dkt malaysia jah, mmg itu je lah yg layak. Ko bukan tahap2 pramlee nak demand
Quote anony-mous 15-6-2021 05:29 PM
asamfish replied at 15-6-2021 05:10 PM
Well said!  Di Bollywood boleh la pelakon senior cantik lawa nak demand sbb population tinggi.  Dp ...

Kareena tu dari i belum baligh smpai i beranak pinak berlakon . Dpt watak utama pulak tu. Kecantikan n mutu lakonan mmg bag
Quote blueberry12 15-6-2021 06:29 PM
johnfugelsang replied at 15-6-2021 01:36 PM
Hmmm, rajin sikit aku nak comment. Tapi aku rasa camni la, kerjaya sebagai pelakon bukan lah teknika ...

exactly... boleh pulak dia compare dgn kareena. kareena tu ROI masih tinggi. so wajar lah nak demand harga. artis ni sebenarnya dia terbalik dgn orang keje technical, masa muda tgh bergetah ramai peminat ialah masa utk buat duit dan SIMPAN. then, dah senja blh la slow down n selective. orang keje technical pulak terbalik. awal2 struggle kot. semua tempat nak experience. so kena stat dari bawah then ada experience baru boleh demand harga.
Quote johnfugelsang 15-6-2021 07:47 PM
asamfish replied at 15-6-2021 05:10 PM
Well said!  Di Bollywood boleh la pelakon senior cantik lawa nak demand sbb population tinggi.  Dp ...

EXACTLY 100% agreed! And masyarakat India rata-rata masih tengok wayang, and masyarakat kita pula ada banyak choice skrng, Netflix la, Nurflix la, Netzflix je belum ada.

And betul, pelakon senior di India can be demanding sebab diaorg lah yang “seakan-akan” pelopor yang break India market to mainstream. Peminat sampai Nicaragua pun ada ok. And mostly filem2 dulu masih lagi jadi siulan sampai sekarang, which indirectly means orang sekarang still can remember pelakon2 2000-an, so branding diaorg still add & ada value.

Dalam ROI there’s also that cost of impact yang can determine whether kau ada value of investment atau idok. So kalau takde impact, camne nak create investment. Huhu
Quote johnfugelsang 15-6-2021 07:50 PM
blueberry12 replied at 15-6-2021 06:29 PM
exactly... boleh pulak dia compare dgn kareena. kareena tu ROI masih tinggi. so wajar lah nak dema ...

Itula…. And satu lagi, Kareena pun agak beruntung cause dilahirkan dalam family filem and kahwin pun dgn org filem. And ntah2 dia saja letak harga tinggi cause script2 dia berkepok-kepok dia nak berlakon. So maybe siapa nak aku, bayar tinggi sikit berbaloi la… ni kalau script pun mcm tunggu pengumuman bantuan moratorium and still nak demanding…… speechless
Quote johnfugelsang 15-6-2021 07:52 PM
But anyway. Takde masalah pun nak letak harga tinggi, cuma bertabahlah dengan situasi diri dan situasi semasa.
Quote wirazam 15-6-2021 07:58 PM
johnfugelsang replied at 15-6-2021 01:36 PM
Hmmm, rajin sikit aku nak comment. Tapi aku rasa camni la, kerjaya sebagai pelakon bukan lah teknika ...

Setuju dgn point no..
Kareena tu popular dan one of the highest paid actress kat bollywood kot..lakonan dia majoriti as heroin  dan mmg semuanya dalam filem je kan...dan filem filem dia mmg world class dan ada yg box office...dia ada menang anugerah kot...rasanya dia tak de berlakon dlm drama tv low class...moreover kebanyakan pelakon bollywood nih cantik dan ada pendidikan tinggi disamping berbakat...utk sampai ke tahap tu, kareena ni mmg keje kuat...so artis Malaysia jgn la nak perasan nak jadi cam artis bollywood utk DPT payment byk utk satu satu projek...nak compare dgn artis jiran mcm Indonesia, Thailand pun , kita masih belum tentu lepas...so byk byklah tambah ilmu dan jgn dengki dgn artis baru ye..terimalah hakikat tempoh popularity ko kat industri Malaysia nih mmg singkat..unless ko mmg betul2 flawless berbakat, cantik lawa hensem dan ada X factor yg tak luput dek zaman..so byk byk beringat utk hari hari tua nanti...kat Malaysia nih..yg boleh capai level cam kareena nih..aku nampak erra, maya karin je.... pelapis dulu dulu nampak kat lopa zmn dia X pakai tudung lagi cumanya lopa X fokus kat acting..more to MC dan fikir bisnes je....skrg nih harap kat erra, maya dan maybe sofia jane kot..itupun kalau dia nak berlakon lagi....Haas pjg tul aku komen hahaha..
Quote johnfugelsang 15-6-2021 08:12 PM
wirazam replied at 15-6-2021 07:58 PM
Setuju dgn point no..
Kareena tu popular dan one of the highest paid actress kat bollywood kot..l ...

Komen panjang tapi ada point takpe, dialu-alukan gitu.

Mcm rajin pulak kita kan beri pendapat..
Quote TomyamPuteh 15-6-2021 09:00 PM
Kareena kapoor dh kertu. Klau tnpa mekap sekati nmpk lbh tua 10 thn dr kakaknya yg msh cantik jelita itewww. Dh la muka 4 segi.
Quote LadyCarefree 16-6-2021 02:42 AM
Hehe. iols dh banyak kali ckp, rate pelakon lama dn baru sama je. Depends on berapa episod dn episod sejam atau 30minit. Kalau retis top bolehlah demand lebih sikit. Itupun kalau producer benar2 nk dia sangat. Else baik dia pilih retis lain esp yg baru ni xdemand, dn rajin promote sbb ya la retis baru kan.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069416 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top